Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
rokok Archives -

Tag: rokok

  • APMM Terengganu rampas rokok putih bernilai RM1.2 juta

    APMM Terengganu rampas rokok putih bernilai RM1.2 juta

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dua juta batang rokok putih bernilai RM1.2 juta di muara Sungai Setiu di Setiu, semalam. Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Khairulanuar Abdul Majid berkata aktiviti penyeludupan itu dikesan kira-kira 5.30 pagi berdasarkan maklumat risikan selama beberapa hari. Beliau berkata sebuah bot APMM telah dikerah bagi melaksanakan…

  • Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup

    Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup

    POLIS menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di Johor Bahru semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang. “Lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok…

  • JKDM Kelantan rampas rokok bernilai RM551,749

    JKDM Kelantan rampas rokok bernilai RM551,749

    JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok bernilai RM551,749 dalam dua serbuan premis di Kuala Krai, Isnin lepas. Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan itu dilakukan pada 11 pagi oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang. “Hasil daripada maklumat yang diterima dan intipan yang dilakukan, pasukan…

  • Cukai vape boleh dilaksana selepas KKM teliti isu perundangan

    Cukai vape boleh dilaksana selepas KKM teliti isu perundangan

    PENCUKAIAN ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong. “KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023). “Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh…

  • Rokok, arak dan mercun seludup diisytihar sebagai kotak tisu

    Rokok, arak dan mercun seludup diisytihar sebagai kotak tisu

    Oleh WARTAWAN SATU BERITA ISYTIHAR barang seludup seperti rokok, arak dan mercun sebagai kotak tisu untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Namun, taktik licik satu sindiket penyeludupan itu yang cuba membawa barang seludup menggunakan kontena tersebut berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang. Barangan dagangan dari Vietnam itu kemudian berjaya dirampas dalam serbuan serta…

  • Mahkamah rayuan tetapkan 23 Nov keputusan cabar larangan merokok

    Mahkamah rayuan tetapkan 23 Nov keputusan cabar larangan merokok

    MAHKAMAH Rayuan menetapkan 23 Nov ini untuk keputusan berhubung rayuan tujuh individu yang mahu membatalkan larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan (KKM). Hakim Datuk Yaacob Md Sam, yang mengetuai panel tiga hakim berkata mereka memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dan memutuskan isu yang dibangkitkan oleh peguam dalam rayuan tersebut yang…

  • Polis rampas rokok seludup bernilai kira-kira RM7.7 juta termasuk cukai

    Polis rampas rokok seludup bernilai kira-kira RM7.7 juta termasuk cukai

    POLIS merampas 1,029 kotak dipercayai mengandungi rokok seludup bernilai kira-kira RM7.7 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Belati, Kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas, di sini semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan pada 12.30 tengah hari itu merampas kira-kira 51,000 karton rokok pelbagai jenama termasuk Redwood, Bosston dan Paragon namun…

  • CAP rayu RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 disokong

    CAP rayu RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 disokong

    PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) merayu 12 ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 agar membuat keputusan bijak demi kebaikan generasi masa depan. Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata sokongan terhadap RUU itu mampu menjimatkan berbilion ringgit perbelanjaan negara. “CAP merayu 12 ahli Parlimen yang…

  • Tiada rekod jenayah, hukuman penjara kepada pesalah GEG

    Tiada rekod jenayah, hukuman penjara kepada pesalah GEG

    TIADA rekod jenayah mahupun hukuman penjara terhadap individu dalam kalangan Generasi Penamat (GEG) sekiranya mereka melakukan kesalahan berdasarkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, melalui satu video di laman Twitternya, beliau berkata hukumannya masih sama seperti peraturan sedia ada iaitu kompaun maksimum RM50. “Kepada golongan GEG yang…

  • Rang Undang-undang: Larang rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 dan seterusnya

    Rang Undang-undang: Larang rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 dan seterusnya

    RANG Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Menurut rang undang-undang itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti…