Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
reman Archives -

Tag: reman

  • Lelaki ditemui maut dalam teksi

    Lelaki ditemui maut dalam teksi

    SEORANG lelaki ditemui mati di dalam teksi miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus pada Khamis. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian penumpang belakang dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang badan.…

  • Reman Ketua Polis Daerah: Mahkamah Tinggi tolak semakan SPRM

    Reman Ketua Polis Daerah: Mahkamah Tinggi tolak semakan SPRM

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal untuk menyemak keputusan Mahkamah Majistret di sini yang menolak permohonannya mendapatkan perintah reman terhadap seorang Ketua Polis Daerah (KPD) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah lebih RM1 juta. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz yang menolak permohonan semakan SPRM itu berkata tiada keperluan untuknya mengganggu keputusan…

  • Wanita hamil 9 bulan curi gelang emas RM45,000

    Wanita hamil 9 bulan curi gelang emas RM45,000

    POLIS menahan seorang wanita yang sedang sarat hamil sembilan bulan bersama kakak angkatnya, kerana dipercayai mencuri dua utas gelang tangan emas bernilai RM45,000 dari sebuah kedai emas di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya menerima aduan pada jam 5.52 petang semalam, daripada seorang jurujual sebuah kedai emas di…

  • Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung

    Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung

    REMAN seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung lima hari sehingga Jumaat. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap suspek berusia 20 tahun dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Isnin. Menurut beliau,…

  • Pembantu rumah dirantai, majikan ditahan

    Pembantu rumah dirantai, majikan ditahan

    SEPASANG suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditemukan dirantai di sebuah flat di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, suami isteri berusia 40 dan 50-an yang juga majikan kepada mangsa telah ditahan di sini pada Rabu. “Pasangan tersebut…

  • Enam anggota polis direman bantu siasatan kes rasuah RM5,000

    Enam anggota polis direman bantu siasatan kes rasuah RM5,000

    ENAM anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Temerloh, Mohamed Shah Reza Noor Azman. Menurut kenyataan itu kesemua mereka…

  • Reza Razali direman dua hari – Bukit Aman

    Reza Razali direman dua hari – Bukit Aman

    PEMILIK akaun Twitter Reza Razali yang ditahan petang semalam kerana disyaki memuat naik ciapan berunsur perkauman di media sosial, direman selama dua hari bermula hari ini.  Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP A. Skandaguru berkata permohonan reman terhadap Reza atau nama sebenarnya Roslizal Razali dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.  Beliau…

  • Bapa tiri direman kes dera anak di Arau

    Bapa tiri direman kes dera anak di Arau

    SEORANG lelaki direman hingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan kes dera membabitkan anak tirinya di Arau pada minggu lalu. Suspek berusia 34 tahun direman selepas ditahan di rumahnya dalam daerah ini semalam. Sumber berkata, kejadian dera itu disedari pada 22 Mac lalu oleh seorang guru wanita sebuah tabika di Jejawi, di sini yang mendapati…

  • Lans Koperal tembak isteri direman tujuh hari

    Lans Koperal tembak isteri direman tujuh hari

    SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan…

  • Profesor direman lima hari disyaki seleweng RM30,000

    Profesor direman lima hari disyaki seleweng RM30,000

    SEORANG timbalan pengarah di sebuah universiti awam direman lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan dakwaan menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya untuk mengambil wang lebih RM30,000 hasil keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran universiti berkenaan.  Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lelaki itu itu…