Lelaki ditemui maut dalam teksi

0
205

SEORANG lelaki ditemui mati di dalam teksi miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian penumpang belakang dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang badan.

Menurut Abdul Rahim, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.56 malam.

Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut pihak polis telah menjumpai sebilah pisau di atas pelapik tempat kaki bahagian pemandu.

“Suspek berusia 29 tahun telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya menurut laporan Astro AWANI.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Peseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here