Tag: Perdana Menteri
-
Mohammed Salman diumum sebagai Perdana Menteri Arab Saudi
PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah dinamakan sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa, menerusi pengumuman oleh TV Al Ekhbariya. Selain Mohammed, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga seorang lagi anak Raja Salman, iaitu…
-
UMNO tidak pernah bincang Ahmad Zahid sebagai PM-Mahdzir
UMNO tidak pernah membincangkan untuk meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri (PM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata Mesyuarat UMNO sebelum ini telah memutuskan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon…
-
PM tak perlu takut dengan Ahmad Zahid – Anthony
DAP meminta Perdana Menteri tidak takut dengan desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu takut kerana beliau adalah Perdana Menteri sebuah negara, justeru kuasa prerogatifnya lebih besar daripada Ahmad Zahid. “Jangan…
-
Tarikh PRU15: PM belum bincang dengan Bersatu
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob belum mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun Perdana Menteri telah memberikan bayangan ia diadakan dalam masa terdekat. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, begitupun umum sedia maklum PRU15 sudah terlalu hampir untuk diadakan. “Setakat ini tak ada perbincangan (dengan Perdana…
-
‘Ramai minta saya jadi PM lagi’ – Tun Mahathir
TUN Dr.Mahathir Mohamad mendakwa, masih ramai pihak yang mahu beliau menerajui negara sekali lagi. Bagaimanapun bekas Perdana Menteri berusia 97 tahun itu berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut. “Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” katanya ketika ditanya…
-
Tiada kelulusan khas diberi bagi kuota pengambilan pekerja asing
TIADA pengambilan pekerja warga asing yang boleh diperoleh menerusi surat sokongan mana-mana pihak termasuk menteri bagi mendapatkan kelulusan khas kuota seperti yang tular di media sosial semalam. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata semua permohonan hanya dibenarkan mengikut prosedur yang ditetapkan secara dalam talian. “Saya memang menerima surat seperti itu daripada menteri-menteri tetapi…
-
Pemimpin Pas layak jadi PM, TPM – Ketua Pemuda
PAS Kelantan beranggapan pimpinan parti wajar mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melihat kepada kewibawaan dan integriti pemimpinnya yang bebas rasuah. Perkara tersebut disebut oleh Perwakilan dari Kelantan Mohd. Kamal Mohamed yang juga Ketua Pemuda Pas negeri ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika Muktamar Pas Ke-68 yang…
-
LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus – PM
RAKYAT berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menegaskan isu pembekalan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang melibatkan kontrak berjumlah RM9.13 bilion perlu dijelaskan dengan teliti supaya tidak berlaku spekulasi dan…
-
Jangan jadikan pegawai kerajaan perisai lindung PM gagal – Faiz Fadzil
PEMBANGKANG melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta penjawat awam ‘mempertahankan kerajaan’ daripada dakwaan serta fitnah seolah-olah paksaan agar menyokong parti pemerintah. Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Faiz Fadzil, berkata Perdana Menteri sepatutnya tidak ada hak mengarahkan pegawai kerajaan agar mempertahan kerajaan yang dilihat ramai sebagai korup, memetik laporan MalaysiaKini pada…