Tag: penjara

  • Lelaki OKU rogol adik dipenjara 14 tahun, 8 sebatan

    Lelaki OKU rogol adik dipenjara 14 tahun, 8 sebatan

    SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) kudung kaki kanan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, Kelantan, hari ini selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya, November tahun lalu. Tertuduh, penganggur berusia 21 tahun yang bertongkat membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.…

  • Curi barang kemas ibu, wanita dipenjara empat bulan

    Curi barang kemas ibu, wanita dipenjara empat bulan

    AKIBAT mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000, seorang wanita dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Bathma Abdullah, 36, yang mengaku bersalah mencuri sepasang loket emas, tiga utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas, dua loket batu emas dan seutas…

  • Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan

    Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan

    BEKAS suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM8,000 kerana merotan tangan anak lelakinya, empat tahun lepas. Hakim Hasbullah Adam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Armin Zaharin, 57, bagi mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 Sept…

  • Warga Pakistan terlepas tali gantung, dihukum penjara 20 tahun kerana miliki dadah

    Warga Pakistan terlepas tali gantung, dihukum penjara 20 tahun kerana miliki dadah

    SEORANG warga Pakistan hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar dadah ke atasnya digantikan dengan memiliki dadah. Sardar Ali Hassan Muhammad, 47, yang merupakan seorang buruh binaan sebaliknya dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan kerana memiliki 1909.8 gram heroin dan “monoacetlymorphines”, lapan tahun lepas. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan…

  • Terima rasuah RM 300 bekas ketua balai polis dipenjara, denda

    Terima rasuah RM 300 bekas ketua balai polis dipenjara, denda

    SEORANG bekas ketua balai polis berpangkat Sarjan dipenjara dua bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM300. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Azli Adam, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah turut memerintahkan Mohamed Azli yang kini digantung tugas menjalani hukuman itu bermula…

  • Lelaki dipenjara 12 hari, didenda RM10,000 halang tugas konvoi TYT Sarawak

    Lelaki dipenjara 12 hari, didenda RM10,000 halang tugas konvoi TYT Sarawak

    DUA Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 hari dan denda sebanyak RM10,000 kepada seorang pekerja syarikat penyelenggaran kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Bernama melaporkan Majistret Aina Azahra Arifin…

  • Hukuman penjara terhadap Su Kyi cetus kebimbangan – Saifuddin

    Hukuman penjara terhadap Su Kyi cetus kebimbangan – Saifuddin

    Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan terbaharu berhubung hukuman yang dijatuhi ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, 76, atas pertuduhan rasuah. Menerusi ciapannya di twitter beliau berkata, prinsip asas hak asasi manusia dan keadilan perlu dikekalkan dan dipatuhi di Myanmar. Saifuddin turut berkongsi ciapan Nabila Massrali, jurucakap Kesatuan…

  • Sam Ke Ting fail rayuan, mohon tangguh hukuman penjara

    Sam Ke Ting fail rayuan, mohon tangguh hukuman penjara

    SAM Ke Ting yang dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru itu. Memetik laporan FMT, peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, kedua-dua notis usul kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman difailkan hari ini melalui…

  • Seorang lagi banduan penjara Jelebu ditahan

    Seorang lagi banduan penjara Jelebu ditahan

    SEORANG lagi banduan daripada lima yang masih bebas selepas melarikan diri dari Penjara Jelebu dua hari lepas ditahan di Sungai Muntoh, Titi, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata lelaki berkenaan, Shazuan Md Sharif, 32, ditahan kira-kira 4 pagi dan Mahkamah Majistret Bahau kemudian membenarkan dia direman empat hari…

  • Dipenjara 5 hari, denda RM8,000 pandu kereta di lorong motosikal

    Dipenjara 5 hari, denda RM8,000 pandu kereta di lorong motosikal

    TINDAKAN seorang lelaki memandu kereta secara melulu dengan menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan akhirnya membawa padah apabila dipenjara lima hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. Majistret Amanina Mohamad Anuar memerintahkan R.Rhuobanraj, 30, menjalani hukuman itu bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara empat bulan. Tertuduh…