Tag: penganggur
-
Penganggur didakwa edar syabu 23.2kg
SEORANG penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan mengedar syabu seberat 23.2 kilogram di Pulau Melaka, bulan lalu. Tertuduh, Lau Siong Poh,50, dari Taman Johor Jaya, Johor, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan Majistret Nabilah Nizam berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Berdasarkan pertuduhan, Siong…
-
Mahkamah Rayuan kekal sabitan bunuh dan hukuman mati ke atas penganggur
SEORANG penganggur gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh seorang lelaki tujuh tahun lepas. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan menolak rayuan B.Rames. Hakim Hanipah berkata pendakwaan telah membuktikan kesemua elemen dalam pertuduhan…
-
Dua penganggur ditahan miliki dadah bernilai RM236,000
POLIS Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM236,000 selepas menahan dua penganggur lelaki, disyaki anggota sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah, Selasa lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dalam serbuan pertama sebanyak 435 gram heroin dirampas bernilai RM200,000 manakala rampasan kedua pula membabitkan satu kilogram (kg) syabu bernilai…
-
Penganggur mengaku bersalah cederakan pengawal keselamatan guna pedang
SEORANG penganggur yang didakwa menyerang pengawal keselamatan menggunakan pedang selepas ditegur kerana menunggang motosikal secara berbahaya, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani di sini, hari ini. R Subramaniam, 41, dari Kampung Sungai Puntar, Bedong membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid, lapor Astro AWANI. Mengikut pertuduhan, Subramaniam dengan…
-
Pembunuh Shinzo Abe akan menjalani penilaian psikiatri
SUSPEK pembunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan menjalani penilaian psikiatri sehingga akhir tahun ini, lapor media Jepun hari ini. Tetsuya Yamagami, seorang penganggur berusia 41 tahun, telah dikenal pasti oleh polis sebagai suspek yang mendekati Abe pada ucapan kempen di sudut jalan pada 8 Julai dan melepaskan tembakan dengan senapang buatan tangan. Sebuah…
-
Penganggur hina agama islam ditahan reman
SEORANG penganggur direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Perintah reman bermula hari ini sehingga Sabtu (23 Julai) terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut…
-
Penganggur didakwa tipu pemilik kedai emas RM560,000
SEORANG penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menipu pemilik kedai emas berhubung pembelian barang emas yang tidak wujud. Mohamad Faeez Amirul Mohd Fauzi, 30, didakwa menipu Nurhaya Ab Aziz, 42, dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM560,000 miliknya bagi pembelian barang kemas itu yang mana wanita itu…
-
Penganggur, petani didakwa edar ganja berdepan hukuman mati
SEORANG penganggur dan seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 266.291 kilogram (kg) di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 24 Januari lalu. Tuan Amiruldin Tuan Ali, 29, yang tidak bekerja dan berasal dari Kuantan, Pahang serta Anas Shakir, 33, seorang petani dari Kuala Perlis, hanya mengangguk…
-
Penganggur bunuh anak kekasih dihukum mati
SEORANG penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun pada 2018. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Arik Sanusi Yeop Johari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah selain terdapat keraguan dalam pembelaannya. Noraizuwan didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat…
-
Insiden tembak: Hukuman mati ke atas penganggur kekal
MAHKAMAH Rayuan Putrajaya pada Jumaat mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap seorang penganggur atas kesalahan berkaitan pemilikan senjata api, dalam kejadian tembakan semasa cubaan merompak seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, sembilan tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan Mohd Nazarudin Khairudin, 33, selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada…