Penganggur bunuh anak kekasih dihukum mati

0
322

SEORANG penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun pada 2018.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Arik Sanusi Yeop Johari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah selain terdapat keraguan dalam pembelaannya.

Noraizuwan didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan di sebuah rumah di Jalan Arau, Lorong Chempaka, Kampung Jejawi, dekat sini antara jam 3.45 petang 18 April 2018 dan 12.10 tengah malam 19 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam Rafidi Mohamad.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here