Tag: Parlimen
-
Perlu enam minggu siapkan laporan BID: Khairy
PIHAK berkuasa kesihatan mengambil masa sehingga enam minggu bagi menyiapkan laporan membabitkan kes kematian di luar hospital (BID), kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Kelewatan laporan itu berlaku disebabkan proses bedah siasat perlu dibuat untuk menentukan punca sebenar kematian bagi setiap kes BID dan mengakibatkan data jumlah kematian semasa tertunggak. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kes…
-
Penggulungan isu Covid-19 bakal jadi tumpuan di Dewan Rakyat
PENGGULUNGAN oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menjadi tumpuan sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Kementerian yang memainkan peranan penting dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini, disenarai sebagai kementerian pertama yang akan menggulung perbahasan pada hari kedua penggulungan oleh kementerian. Sejumlah…
-
Tak timbul isu Bersatu berkecuali undi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
TIDAK timbul isu Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berkecuali dalam pengundian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengulas sedemikian susulan dakwaan terbabit. Beliau yang dipetik Astro Awani berkata, pemilihan jawatan itu telah ditangguhkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi…
-
Jamin DAP hormati MoU, terima kasih Kit Siang
Oleh HUSSAINI AMRAN AKHIRNYA Lim Kit Siang menunjukkan kematangan yang sangat luar biasa sepanjang karier politiknya yang melebihi separuh abad. Orang lama dalam pakatan pembangkang itu memujuk sekutu-sekutunya iaitu Pejuang, Warisan dan Muda untuk mengikut langkah DAP, PKR dan Amanah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan. Pemimpin veteran DAP itu juga memberi jaminan bahawa partinya…
-
Jangan terus gugur talak parti, kena bagi edah
AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mencadangkan rakyat diberi kuasa menentukan sama ada wakil rakyat kawasan mereka yang melompat parti, perlu diganti atau dikekalkan. Beliau mahukan satu mekanisme melalui Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti diwujudkan, supaya senarionya lebih terbuka, kerana tidak semua wakil rakyat yang melompat parti itu sebenarnya mahu berbuat demikian. Namun, katanya…
-
Azalina jadi Timbalan Speaker sementara
AHLI Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat bagi mengikuti persidangan sesi petang kelihatan terpinga-pinga sekejap apabila melihat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil tempat di kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat. Lebih terkejut pastinya kerana semua sedar bahawa Azalina merupakan bekas Timbalan Speaker tetapi telah meletak jawatan bulan lalu. Sebaik duduk Azalina…
-
Segerakan penggubalan Akta Antilompat Parti – Ahli Parlimen
PENGGUBALAN akta antilompat parti wajar disegerakan dengan menjadikan usul rang undang-undang pemecatan Ahli Parlimen sebagai asas, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. Semasa sesi perbahasan Titah Diraja, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata menerusi rang undang-undang yang dicadangkannya, kuasa untuk menggantikan wakil rakyat yang melompat parti harus ditentukan oleh rakyat, selaras agenda transformasi pentadbiran Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik…
-
Agong harap MoU kerajaan dan pembangkang akhiri kemelut politik
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar kemelut politik dapat diakhiri segera berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) kelmarin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita dengan pendekatan…
-
Tajuddin pengerusi baharu Kelab Penyokong Kerajaan, Mohd. Khairuddin timbalan
AHLI Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet kerajaan Persekutuan. Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika ditanya Bernama, turut memaklumkan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman…
-
Isu doktor kontrak, sijil vaksin jadi fokus sidang
ISU nasib serta perancangan masa depan untuk doktor-doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri serta tindakan terhadap golongan yang memalsukan sijil vaksin adalah antara isu yang bakal dikupas dalam sidang Parlimen hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat sidang Dewan Rakyat hari ini, persoalan mengenai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak…