Tag: parit
-
Empat rumah hangus dalam dua kebakaran di Batu Gajah, Parit
EMPAT buah rumah musnah dalam dua kebakaran berasingan di Batu Gajah dan Parit, malam tadi. Kebakaran pertama di Taman Pelangi, Batu Gajah menyebabkan dua buah rumah jenis kelas B musnah 80 peratus manakala dalam kejadian di Kampung Teluk Manis, Parit, dua buah rumah dua tingkat kelas B, musnah 90 peratus. Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan…
-
Dua maut kereta terjunam dalam parit
DUA lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam parit berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini awal pagi tadi. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 5.19 pagi. “Kereta jenis Honda Accord dinaiki kedua-dua mangsa mengalami remuk di bahagian hadapan dan pihak…
-
Bayi ditemukan lemas dalam parit
SEORANG bayi lelaki berusia 18 bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di hadapan kediamannya di Jalan Kwong Ming, Sibu, hari ini. Mayat Sia Chin Hang dijumpai dalam anggaran jarak 600 meter dari kediamannya oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2.10 petang. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…
-
Bas ekspres terbabas masuk parit, 21 penumpang selamat
SERAMAI 21 penumpang sebuah bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Manik, Teluk Intan, Perak, pada Jumaat. Kejadian sekitar jam 5.20 pagi itu dipercayai berlaku selepas bas berkenaan melanggar tiang elektrik. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan…
-
Budak lelaki 3 tahun mati lemas dalam parit
SEORANG kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemui mati dipercayai akibat lemas dalam parit di Kampung Kuridak Gadong, Beaufort pagi tadi. Memetik laporan FMT, mangsa, Muhammad Qays Izhar Abd Alim dilaporkan hilang semalam. Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 10.23 pagi, kira-kira 70 meter dari kawasan dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah…
-
Dua beradik lemas dalam parit ketika keluar bermain
DUA beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Batu 12, Jalan Segari dekat Pantai Remis, semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada orang awam pada 7 malam. “Setibanya pihak polis di lokasi tersebut, didapati dua mayat kanak-kanak lelaki…
-
Dua hari hilang, pembantu kesihatan ditemukan meninggal dunia
SEORANG Pembantu Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam, Selangor yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu, ditemukan meninggal dunia dalam tali air Parit 8 Barat, semalam. Mayat mangsa berusia 50 tahun ditemukan oleh rakannya dalam keadaan terlingkup di lokasi kejadian pada 2.15 petang. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd…