Tag: pandemik

  • Bank Dunia iktiraf daya tahan Malaysia harungi Covid-19

    Bank Dunia iktiraf daya tahan Malaysia harungi Covid-19

    KEPIMPINAN bekas Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendepani pandemik Covid-19 terus mendapat pengiktirafan dunia. Kali ini Bank Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dari segi daya tahan luar biasa menghadapi Covid-19. Pengiktirafan berkenaan disiarkan dalam laporan komprehensif terbarunya bertajuk “Building Malaysia’s Resilience: Lessons from Covid-19’s Economic Impacts and Policy…

  • Warga Bosnia hargai inisiatif Muhyiddin selamatkan negara itu daripada Covid-19

    Warga Bosnia hargai inisiatif Muhyiddin selamatkan negara itu daripada Covid-19

    TIDAK ramai tahu, Malaysia yang pernah menjadi negara pertama menghulurkan bantuan kepada Bosnia Herzegovina ketika Perang Balkan telah mengulangi usaha murni itu sekali lagi – kali ini ketika negara itu berdepan ancaman pandemik Covid-19. Menurut seorang warga Bosnia, Mirza Vejzagic, ketika pandemik memuncak, Bosnia mencatat kadar kematian paling tinggi di Eropah. Pada ketika itu ujarnya,…

  • Pakar beri amaran risiko Covid-19 ketika Malaysia berdepan kemasukan pelancong China

    Pakar beri amaran risiko Covid-19 ketika Malaysia berdepan kemasukan pelancong China

    KERAJAAN digesa mempertimbangkan langkah “ketat” bagi membendung kemasukan pengembara dari China, ketika negara itu mencatatkan gelombang baru Covid-19.  Pakar perubatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, perkembangan terbaru di republik itu disifatkan sebagai “tricky”. “Peningkatan Covid-19 di China adalah benar dan membimbangkan. “China telah benarkan warganya keluar. Ini seperti membuka ‘floodgate’ dan melimpahkan kes…

  • 1,918 kes baharu Covid-19, lapan kematian

    1,918 kes baharu Covid-19, lapan kematian

    SEBANYAK 1,918 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan dua daripadanya merupakan kes import. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan. Bagaimanapun tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID). Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,784 kes. Sementara itu, kes…

  • Sasaran lima tahun sektor pelancongan pulih terlalu lama-MPN

    Sasaran lima tahun sektor pelancongan pulih terlalu lama-MPN

    MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) berpendapat tempoh lima tahun yang disasarkan oleh Tourism Malaysia untuk sektor pelancongan negara kembali pulih adalah terlalu lama. Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata  jika ia tempoh masa yang diambil untuk memulihkan sektor tersebut, akan berlaku lebih banyak isu dan permasalahan lain. “Baru-baru ini saya mempengerusikan satu mesyuarat MPN dan Tourism …

  • Keputusan laksana fasa endemik bergantung kepada JKKPP – Hishammuddin

    Keputusan laksana fasa endemik bergantung kepada JKKPP – Hishammuddin

    KEPUTUSAN menentukan masa bagi pelaksanaan fasa peralihan ke endemik bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP), menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata keputusan itu akan dibuat JKKPP yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan. “Setakat ini perancangan…

  • 3,346 kes positif Covid-19 hari ini

    3,346 kes positif Covid-19 hari ini

    JANGKITAN baharu Covid-19 menurun sedikit kepada 3,346 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 2,802,263 kes. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif Covid-19 yang dikesan…

  • Kes baharu Covid-19 meningkat mendadak, kematian berkurangan – WHO

    Kes baharu Covid-19 meningkat mendadak, kematian berkurangan – WHO

    JUMLAH kes baharu COVID-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71 peratus minggu lepas berbanding minggu sebelumnya, namun jumlah kematian berkurangan sebanyak 10 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis. WHO berkata berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Dis 2021 hingga 2 Jan tahun…

  • [VIDEO] Harga naik melampau, kasihanilah rakyat

    [VIDEO] Harga naik melampau, kasihanilah rakyat

    KENAIKAN melampau harga barang keperluan menjadikan rakyat Malaysia bagai jatuh ditimpa tangga kerana ia menambahkan lagi bebanan mereka yang ketika ini masih terbeban dengan impak pandemik Covid-19 yang hampir masuk tahun keduanya ini. Jika perkara ini tidak ditangani dengan serius oleh pihak kerajaan, ia bakal menambahkan kegusaran rakyat dan boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang…

  • Covid-19: Varian baharu jadikan pandemik lebih panjang

    Covid-19: Varian baharu jadikan pandemik lebih panjang

    PANDEMIK Covid-19 akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan penularan varian baharu di beberapa negara dan Malaysia tidak terkecuali, walaupun pelbagai langkah diambil bagi membendung wabak itu. Pakar Kesihatan Awam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohamad, berkata penularan wabak Covid-19 masih tidak dapat diputuskan dan beberapa…