Tag: Pakistan

  • Warga Pakistan terlepas tali gantung, dihukum penjara 20 tahun kerana miliki dadah

    Warga Pakistan terlepas tali gantung, dihukum penjara 20 tahun kerana miliki dadah

    SEORANG warga Pakistan hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar dadah ke atasnya digantikan dengan memiliki dadah. Sardar Ali Hassan Muhammad, 47, yang merupakan seorang buruh binaan sebaliknya dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan kerana memiliki 1909.8 gram heroin dan “monoacetlymorphines”, lapan tahun lepas. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan…

  • Demi konten TikTok, selebriti bakar hutan

    Demi konten TikTok, selebriti bakar hutan

    SEORANG pelakon dan selebriti TikTok dari Pakistan tiba-tiba popular sekelip mata apabila tindakan bodohnya sengaja membakar hutan dengan sengaja menjadi perhatian masyarakat di sana. Dek kerana mahu menghasilkan konten yang menariknya untuk platform berkenaan, dia bukan sahaja menerima kecaman daripada peminat tetapi juga memusnahkan kawasan hutan berkenaan. Dengan gaya paling elegen, wanita yang dikenali dengan…

  • Imran Khan dakwa ada konspirasi membunuhnya

    Imran Khan dakwa ada konspirasi membunuhnya

    BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada malam Sabtu mendakwa terdapat konspirasi untuk membunuhnya. Bercakap pada perhimpunan besar-besaran di bandar Sialkot, Imran berkata, beliau telah merakam video dan mendedahkan nama “dalang” agar ramai orang tahu siapa yang mahu membunuhnya sekiranya rancangan itu berjaya. “Konspirasi sedang dibuat secara tertutup di dalam dan di luar negara, dan…

  • Parlimen Pakistan bubar, Imran digugurkan sebagai Perdana Menteri

    Parlimen Pakistan bubar, Imran digugurkan sebagai Perdana Menteri

    IMRAN Khan telah digugurkan daripada jawatan Perdana Menteri selepas pembubaran Parlimen pada Ahad, selari dengan perlembagaan negara, menurut Kabinet. Bagaimanapun, Presiden Pakistan Arif Alvi berkata Khan akan kekal memegang jawatan itu sehingga perdana menteri sementara dilantik, lapor Sputnik. “Imran Ahmad Khan Niazi, akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri sementara di bawah Perkara…

  • Tiga termasuk dua warga Pakistan maut motosikal bertembung di Port Dickson

    Tiga termasuk dua warga Pakistan maut motosikal bertembung di Port Dickson

    TIGA termasuk dua warga Pakistan maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 4, Jalan Chuah- Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, motosikal ditunggang seorang pekerja kontrak warga tempatan P. Daneshwaran, 22, dipercayai bertembung dengan motosikal dinaiki dua…

  • Pemotong rumput didakwa bunuh wanita Indonesia

    Pemotong rumput didakwa bunuh wanita Indonesia

    SEORANG lelaki warganegara Pakistan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan membunuh kenalan wanita warga Indonesia, yang mayatnya ditemukan di sebuah kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor, bulan lepas. Hashmat Khan, 23, didakwa dengan sengaja membunuh Juli, 41, pekerja kedai makan di sebuah premis di Jalan 1/1A, Bandar Rinching, Semenyih, antara 25 September hingga…

  • ‘Bapa bom nuklear Pakistan’ meninggal dunia akibat Covid-19

    ‘Bapa bom nuklear Pakistan’ meninggal dunia akibat Covid-19

    ABDULl Qadeer Khan, yang digelar sebagai ‘bapa bom nuklear Pakistan’ meninggal dunia pada usia 85 tahun, selepas menerima rawatan di hospital berikutan jangkitan COVID-19. Saintis atom itu dinobat sebagai wira negara kerana merintis perubahan Pakistan menjadi negara Islam pertama yang mempunyai kuasa nuklear, namun Barat menganggap figura itu sebagai individu bertanggungjawab menyeludup teknologi kepada negara…

  • 20 maut, 40 cedera gempa bumi di Pakistan

    20 maut, 40 cedera gempa bumi di Pakistan

    SEKURANG-KURANGNYA 20 orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda wilayah Balochistan barat daya Pakistan, lapor Xinhua. Ketua Pengarah Lembaga Pengurusan Bencana Balochistan, Naseer Nasar pada Khamis berkata korban dilaporkan di daerah Harnai dan gempa menyebabkan beberapa rumah runtuh. Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi terjejas untuk memulakan kerja-kerja…