Demi konten TikTok, selebriti bakar hutan

0
418

SEORANG pelakon dan selebriti TikTok dari Pakistan tiba-tiba popular sekelip mata apabila tindakan bodohnya sengaja membakar hutan dengan sengaja menjadi perhatian masyarakat di sana.

Dek kerana mahu menghasilkan konten yang menariknya untuk platform berkenaan, dia bukan sahaja menerima kecaman daripada peminat tetapi juga memusnahkan kawasan hutan berkenaan.

Dengan gaya paling elegen, wanita yang dikenali dengan nama Humaira Ashgar berjalan berlatar belakangkan kawaaan hutan yang sedang terbakar tanpa rasa bersalah.

“Api meletus di mana sahaja saya berada,” tulisnya menerusi video yang dimuat naik untuk menarik perhatian 11 juta pengikutnya.

Perbuatan selebriti berkenaan sememangnya menimbulkan kemarahan banyak pihak memandangkan Pakistan kini dilanda kemarau.

Mereka mereka bimbang perbuatan berkenaan jika tidak dikawal boleh mendatangkan malapetaka yang lebih besar kepada negara itu.

Segelintir pihak pula mahu selebriti ini dikenakan tindakan yang tegas oleh kerjaaan seperti mana undang-undang kerajaan Australia yang akan memenjarakan sesiapa sahaja yang mencetuskan kebakaran.

Namun begitu, menurut laporan media tempatan yang lain, ini bukanlah kali pertama golongan selebirti melakukan hal begini sebaliknya terdapat dua remaja lelaki pernah membakar Bukit Margala untuk konten mereka.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here