Tag: Orang Asli

  • Wanita Orang Asli maut dipijak gajah

    Wanita Orang Asli maut dipijak gajah

    SEORANG wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di Gerik pada Ahad. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zaitun dikatakan diserang haiwan liar berkenaan ketika berada di belakang rumahnya. Difahamkan, mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah namun disahkan meninggal dunia…

  • PRN: PN Kelantan mahu dapatkan 100 undi Orang Asli di DUN Air Lanas

    PRN: PN Kelantan mahu dapatkan 100 undi Orang Asli di DUN Air Lanas

    PERIKATAN Nasional (PN) Kelantan tekad mendapatkan sekurang-kurang 100 undi daripada masyarakat Orang Asli di Sungai Rual, Jeli pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas. Naib Pengerusi PN negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, jumlah tersebut dilihat sudah mampu untuk membantu kemenangan pihaknya pada PRN itu nanti.…

  • Sekolah Orang Asli rosak teruk diserang sekumpulan gajah

    Sekolah Orang Asli rosak teruk diserang sekumpulan gajah

    BANGUNAN dan beberapa kelengkapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor dekat Lasah di Sungai Siput mengalami kerosakan teruk selepas diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian Khamis lalu. Serangan sekitar jam 2 pagi itu mengakibatkan kerosakan di bahagian tingkap kelas pra sekolah dengan jeriji besi bengkok dan cermin pecah. Kelengkapan dapur milik kelas itu turut musnah selain…

  • Mayat lelaki Orang Asli ditemui lemas ketika jala ikan

    Mayat lelaki Orang Asli ditemui lemas ketika jala ikan

    MAYAT lelaki Orang Asli yang dipercayai lemas ketika menjala ikan petang semalam, ditemukan dalam bekas tapak lombong di Jalan Solok Menggong, Machap Baru pada 9.17 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa Jerrey Juli, 33, yang beralamat di Kampong Orang Asli Kubang Badak, Tebong itu telah pergi ke lokasi berkenaan bersama…

  • Penduduk kampung dakwa gajah kopak dinding rumah

    Penduduk kampung dakwa gajah kopak dinding rumah

    MASYARAKAT Orang Asli di Pos Brooke, di Gua Musang mendakwa gajah liar yang berkeliaran berhampiran penempatan itu semakin berani datang hampir ke kediaman penduduk. Seorang penduduk, Rengil Rajis Angah, 48, berkata minggu lepas seekor gajah bergading masuk ke kampung dan merosakkan dinding sebuah rumah di Kampung Liak.  “Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi apabila gajah mengopak dinding rumah dan menarik keluar…

  • Kubur musnah, mayat didakwa dimakan beruang

    Kubur musnah, mayat didakwa dimakan beruang

    KEMUNCULAN seekor beruang dewasa di Kampung Dakoh, Pos Balar di Gua Musang, membimbangkan lebih 100 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar kerana haiwan itu didakwa memusnahkan kubur dan memakan mayat. Dalam kejadian 27 Disember tahun lalu itu, penduduk mendakwa beruang terbabit menggali kubur, Amek Along, 48, selain memakan sebahagian badannya. Suami Amek, Mazlan Aluij, 50,…

  • Tanah runtuh punca 25 Orang Asli terkandas

    Tanah runtuh punca 25 Orang Asli terkandas

    SERAMAI 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya, Seremban terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang, malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata ia berikutan hujan lebat sejak…

  • Lebih 10 peratus anak orang asli keciciran sekolah

    Lebih 10 peratus anak orang asli keciciran sekolah

    DIANGGARKAN lebih 10 peratus anak Orang Asli tercicir daripada alam persekolahan atas pelbagai faktor antaranya logistik, keluarga dan elemen tidak mengambil berat tentang kepentingan pendidikan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) di sini hari ini, beliau berkata masyarakat Orang Asli meminta kerajaan supaya melihat…

  • Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

    Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

    POLIS menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, Pahang, pada Isnin. Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang…

  • Remaja perempuan ditemui, disyaki mangsa bunuh

    Remaja perempuan ditemui, disyaki mangsa bunuh

    MAYAT seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata mangsa yang difahamkan tidak bersekolah ditemukan oleh sepupunya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala sebelum laporan polis dibuat pada 2.45 petang…