Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja perempuan ditemui, disyaki mangsa bunuh -

Remaja perempuan ditemui, disyaki mangsa bunuh

MAYAT seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata mangsa yang difahamkan tidak bersekolah ditemukan oleh sepupunya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala sebelum laporan polis dibuat pada 2.45 petang hari sama.

“Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan penemuan mayat itu, Mohd Azahari berkata tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 9.40 malam tadi (22 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin hari ini, bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akan dibedah siasat hari ini, bagi mengetahui punca kematian.

Mohd Azahari meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi polis di 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat ASP Abdul Khaliq Mustopa di 019-9999769.

— BERNAMA