Tag: nahas elmina
-
Nahas Elmina: Kotak hitam perakam suara kokpit berjaya dibuka, pasukan Singapura turut bantu
PASUKAN siasatan kemalangan udara Singapura sedang membantu mengesan data dalam kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lepas. Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, pasukan Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura berjaya mengeluarkan “memory puck” dalam kotak perakam pesawat tersebut Sabtu lepas. Beliau…
-
Nahas Elmina: Polis selesai siasat, punca nahas serah kepada BSKU
POLIS telah selesai menjalankan siasatan melibatkan pengecaman mayat ke atas mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan termasuk melibatkan punca kejadian akan diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU). “Siasatan pihak polis melibatkan pengecaman mayat sudah selesai, siasatan lanjut nahas…
-
Sembilan jenazah nahas Elmina dikebumi di Lembah Klang, Pahang dan Perak
BAKI sembilan jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam Khamis lalu akan dikebumikan di lokasi berasingan di Lembah Klang, Pahang dan Perak hari ini. Pagi tadi, semua sembilan jenazah berkenaan dituntut wakil serta waris masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum pengurusan jenazah diambil alih Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).…
-
Nahas pesawat: Polis rakam keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka
POLIS merakamkan keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan sebagai mati mengejut. Beliau berkata bagaimanapun, bagi Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) siasatan insiden itu akan dilaksanakan dari aspek nahas…
-
Agong beri sumbangan peribadi kepada waris mangsa nahas Elmina
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris-waris mangsa nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, sumbangan itu diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin. “Dalam kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan…
-
Nahas Elmina: ‘Waktu itu saya hanya fikir nak selamatkan diri dan dua nyawa lagi di tempat duduk belakang’
TINDAKAN pantas guru tadika memintas sebuah kenderaan di depannya, menyelamatkan dia dan muridnya daripada menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, kelmarin. Masikah Ta’ibah Zakaria, 25, berkata dia bersama dua muridnya melalui Elmina selang beberapa saat sebelum pesawat berkenaan terhempas dan meletup. “Seperti biasa, dari tadika di Denai Alam saya melalui kawasan…
-
Mayat mangsa selesai dibawa keluar,perakam suara kokpit ditemui
SEMUA mayat mangsa nahas pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran Bandar Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Beliau berkata proses membawa keluar mayat termasuk anggota badan dan cebisan tubuh mangsa selesai kira-kira 10.30 malam tadi, dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah…