Tag: Muhyiddin Yassin
-
‘Bila masa saya dan Hamzah bertumbuk?’
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin yang mendakwa wujud keretakan dalam Bersatu. Bercakap semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PN, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menyifatkan khabar angin itu sebagai “perang saraf” oleh seteru mereka. “Tiada langsung masalah antara PAS, Bersatu dan Gerakan. “Ini dibuat sebab dah tiada…
-
PN muktamad agihan, tandingi 245 kerusi DUN dalam PRN 6 negeri
PERIKATAN Nasional (PN) memuktamadkan rundingan kerusi dan mengesahkan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata BERSATU akan bertanding di 83 kerusi DUN, sementara PAS di 126 kerusi, sementara GERAKAN di 36 kerusi. “Semua kerusi sudah dimuktamadkan.…
-
Khairy masih pertimbang tawaran Muhyiddin, minta ‘cytro’ PH tak sebar berita palsu
KHAIRY Jamaluddin hari ini memberi gambaran dia menolak tawaran untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) semasa pertemuannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu. Bagaimanapun, katanya, dia mempertimbangkan semula tawaran itu atas permintaan Muhyiddin. “Beliau telah tawar keahlian Bersatu dan tawar peluang untuk terlibat PRN (pilihan raya negeri). “Saya telah jumpa beliau dan beri pandangan…
-
Wakil rakyat Ketereh nafi ‘pergaduhan’ Muhyiddin, Hamzah mengenai masa depan parti
SEORANG Ahli Parlimen Bersatu menafikan dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin berselisih mengenai hala tuju parti. Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, yang namanya disebut-sebut pengganti Hamzah sebagai ketua pembangkang, berkata dakwaan itu sengaja dibuat oleh seteru. “Itu semua khabar angin nak hancurkan PN,” katanya, lapor…
-
Spekulasi perselisihan Muhyiddin, Hamzah adalah laporan berniat jahat menjelang PRN – Faizal Azumu
TIADA sebarang krisis dalaman di antara pemimpin BERSATU, terutama Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin seperti digembar-gemburkan beberapa laporan media. Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyifatkan dakwaan yang memetik sumber itu sebagai satu laporan yang berniat jahat. Katanya, jika laporan itu dibuat dengan memetik sumber,…
-
Muhyiddin yakin PN menang ’20 kerusi’ menjelang PRN P Pinang
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin menang kerusi “mendekati majoriti” dengan jangkaan gabungan itu berdepan tentangan sengit menjelang PRN Pulau Pinang. Beliau yang juga presiden Bersatu, berkata PN mampu menang “hampir 20 kerusi”, sambil menyeru ahli gabungan terbabit bekerja lebih keras untuk menang satu lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah melibatkan 40…
-
Negeri Sembilan bakal jatuh, terjemah kemarahan di kertas undi – Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan keyakinannya bahawa gabungan itu mendapat sokongan dari rakyat Negeri Sembilan yang kini berada bawah kepimpinan Pakatan Harapan. Katanya, ia dapat dilihat melalui kehadiran puluhan ribu rakyat di negeri itu pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan malam semalam. “Saya percaya gelombang kebangkitan ini akan diterjemahkan…
-
Gabungan parti politik keras ideologi tidak bertahan lama
GABUNGAN politik yang dibentuk parti-parti yang keras dengan ideologi masing-masing tidak akan bertahan lama. Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata, lambat laun mereka akan bercakaran. “Walaupun elit parti nak bersama kerana mereka dapat manfaat daripada gabungan itu, tetapi orang bawah yang tak dapat apa-apa takkan dapat bertahan. “Mereka…
-
KJ nyatakan pendirian bersama PN – Takiyuddin
BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sehingga kini belum memuktamadkan keputusan namun menyatakan hasrat bersama Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Takiyuddin berkata, Khairy sudah menemui Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan Jun, baru-baru ini dan bekas Ahli Parlimen Rembau itu telah menyatakan pendirian, akan tetap menjadi pengundi di…
-
Muhyiddin gesa Anwar jelaskan butiran perjanjian sempadan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menjelaskan butiran perjanjian berkaitan sempadan maritim yang didakwa ditandatangani ketika lawatan Presiden Indonesia Jokowi ke Malaysia baru-baru ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat gesaan itu mendedahkan ada menerima laporan bahawa pakar-pakar telah memberikan nasihat supaya Perdana Menteri tidak menandatangani perjanjian itu. “Saya tak…