Tag: MPN
-
Anwar umum Majlis Pemulihan Negara dibubarkan
PENUBUHAN Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra, Putrajaya harini. MPN ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum…
-
Kenyataan Puad Zarkhashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja – Muhyiddin
KENYATAAN Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mempersoalkan peruntukan beratus juta ringgit yang disalurkan kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN), bersifat dangkal. Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan dalam kerajaan sebelum ini. Beliau berkata, MPN adalah…
-
Pengusaha sektor pelancongan mahu proses pengambilan pekerja asing dipermudah
TIDAK seperti tempoh pandemik, pengusaha hotel Engku Azman kini mula sibuk melayan pelangan-pelanggan yang mendaftar masuk ke hotelnya yang terletak di Sepang, Selangor. Selepas negara memasuki fasa endemik, perniagaannya aktif semula selepas menjadi tumpuan ramai penumpang yang tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk penginapan transit. Ketika ditemui, Azman berkata dia tidak pernah menyangka…
-
MPN tak biar pengusaha hotel gulung tikar
INISIATIF Majlis Pemulihan Negara (MPN) banyak membantu pengusaha hotel bajet yang berdepan beban kewangan sehingga menjejaskan operasi perniagaan mereka ketika negara dilanda pandemik COVID-19. Situasi paling sukar ditempuhi pengusaha ialah masalah aliran tunai yang kronik, namun kemudiannya secara perlahan-lahan berusaha diatasi hasil bantuan kerajaan dan juga pembukaan semula sempadan negara susulan peralihan ke endemik yang…
-
Pemulihan setara bantu lonjak ekonomi Malaysia lebih baik,kukuh
MALAYSIA perlu memastikan proses pemulihan yang sama rata jika ingin membina semula ekonomi negara ke arah yang lebih baik dan kukuh selepas dua tahun dilanda pandemik COVID-19, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata kerajaan perlu bertindak secara langsung dan campur tangan apabila perlu memandangkan kadar pemulihan negara kini tidak…
-
Segerakan kemasukan tenaga pekerja asing, bantu pulih perniagaan – Pengusaha perniagaan
Beberapa pengusaha perniagaan berharap supaya menyegerakan kemasukan pekerja asing bagi membantu menaikkan semula perniagaan mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19, dapat disegerakan. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata berikutan kekurangan tenaga kerja, hanya kira-kira 2,000 daripada keseluruhan 10,000 rangkaian restoran di bawah persatuan itu dapat beroperasi secara 24 jam. “Kerajaan perlu…
-
Ringgit merudum, rakyat terpaksa tanggung kesan, kata Muhyiddin
KELEMAHAN ringgit akan mempengaruhi kehidupan pengguna apabila mereka dibebankan dengan kenaikan harga akibat peningkatan kos import yang lebih tinggi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurutnya, walaupun ia bukan satu situasi yang unik kepada Malaysia, kerajaan harus mengakui bahawa ringgit yang lemah, mempunyai implikasi yang serius kepada ekonomi. “Ringgit yang lebih…
-
Pulih lebih cepat, pulih lebih hebat
PANDEMIK Covid-19 telah memberi yang buruk kepada rakyat dan negara. Sehubungan itu Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibentuk ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. Ia bertujuan merangka strategi untuk keluar daripada kesan negatif wabak itu termasuk dengan mewujudkan Pelan Pemulihan Nasional (PPN) untuk membolehkan peralihan dalam empat fasa. Ikuti temu bual dengan beliau bersama…
-
Inisiatif MPN bantu pulih aliran tunai usahawan PMKS
ISU dalam sektor perniagaan sering kali dibangkitkan terutama membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas tempoh mencabar itu, kebanyakan PMKS masih lagi ‘bertatih’ membangunkan semula perniagaan mereka untuk mencapai sasaran dikehendaki. Menangani hal itu, Majlis Pemulihan Negara (MPN) komited mengemukakan pelbagai inisiatif…
-
MPN gesa tangani segera kekurangan pekerja asing
ISU kekurangan pekerja asing wajar diselesaikan segera berikutan jumlah kemasukan pekerja asing ke negara ini terlalu kecil berbanding 467,223 kuota diluluskan dengan jumlah levi sudah dibayar berjumlah RM713,890 sehingga 12 September lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, berkata sehingga tempoh sama, hanya 76,000 kemasukan tenaga kerja asing…