Tag: MetMalaysia

  • MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi

    MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 km ke barat…

  • MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing

    MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi ini. MetMalaysia menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut. Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan.-…

  • Hadkan aktiviti di lokasi berisiko pada sebelah petang – KP MetMalaysia

    Hadkan aktiviti di lokasi berisiko pada sebelah petang – KP MetMalaysia

    ORANG ramai perlu mengehadkan aktiviti di lokasi berisiko seperti tepi sungai pada sebelah petang berikutan ribut petir sering berlaku pada masa ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah. Beliau berkata mereka yang ingin turun ke laut atau berkunjung ke pulau peranginan pula perlu peka dengan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan MetMalaysia…

  • Amaran cuaca buruk, laut bergelora sehingga 22 Mac

    Amaran cuaca buruk, laut bergelora sehingga 22 Mac

    JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, laut bergelora dan ribut petir berkuat kuasa hari ini sehingga 22 Mac. METMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi perairan Malaysia amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah…

  • Gempa bumi kuat melanda Selatan Sumatera

    Gempa bumi kuat melanda Selatan Sumatera

    GEMPA bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 5.09 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 89 kilometer (km) barat laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 km. “Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” menurut kenyataan itu.…

  • Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 6 petang

    Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 6 petang

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini. Negeri-negeri terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, menurut amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.10 tengah hari. Kawasan terlibat di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang…

  • Ibu pejabat Met Malaysia ditutup kerana gangguan teknikal

    Ibu pejabat Met Malaysia ditutup kerana gangguan teknikal

    IBU Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik server. “Susulan kepada gangguan teknikal di bilik server ini, capaian awam terhadap laman web iaitu www.met.gov.my dan mygempa.met.gov.my serta aplikasi myCuaca adalah tergendala, sehingga diberitahu kelak,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya. “Justeru, hebahan maklumat terkini mengenai cuaca akan dimaklumkan melalui…

  • Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri

    Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Berdasarkan amaran yang disiarkan pada jam 3.30 petang tadi, beberapa negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 petang ini. Negeri yang terlibat ialah Perak…

  • Hujan lebat, ribut petir dijangka landa 8 negeri sehingga 8 malam

    Hujan lebat, ribut petir dijangka landa 8 negeri sehingga 8 malam

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda lapan negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga jam 8 malam ini. Berdasarkan amaran yang disiarkan pada jam 2.55 petang tadi, beberapa negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang ini. Negeri yang terlibat ialah Kedah (Kulim dan…

  • Angin kencang di timur Sabah, cuaca panas di utara Semenanjung

    Angin kencang di timur Sabah, cuaca panas di utara Semenanjung

    ANGIN kencang di timur Sabah dijangka berterusan hingga 18 Januari ini, dengan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter memaklumkan, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas dan kurang hujan terutama negeri-negeri di utara…