Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri

0
500

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan amaran yang disiarkan pada jam 3.30 petang tadi, beberapa negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 petang ini.

Negeri yang terlibat ialah Perak meliputi kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) diikuti Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) selain Negeri Sembilan (Seremban).

Sementara itu, Sabah dan Sarawak dijangka dilanda cuaca yang sama sehingga jam 8 malam ini.

Kawasan terbabit ialah Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here