Tag: media sosial
-
Bersongkok tapi berseluar pendek, KLFW undang kontroversi
MENTERI di Jabatan Agama Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan agar semua pihak di negara ini jangan cuba mempermainkan atau membuat sebarang unsur provokasi terhadap agama Islam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu seorang lelaki Cina yang tampil mengenakan fesyen pakaian unik sehingga menampakkan bahagian lututnya, tetapi dalam masa penampilannya dilengkapi…
-
Baru berusia 7 tahun, tiga sahabat ini tunjukkan ‘erti persahabatan’ sebenar
BIARPUN baru berusia tujuh tahun, sikap mulia yang ditunjukkan tiga sahabat membantu rakan istimewa mereka meruntun hati sesiapa sahaja melihatnya. Meskipun masih mentah dalam menghayati ‘erti persahabatan’ aksi-aksi mereka membantu rakan istimewa itu di tandas menyerlahkan semangat persahabatan dan kasih sayang kepada sahabat. Menurut Sylvester Ronny Pulene, gambar-gambar yang dikongsi di akaun Facebooknya, adalah mengenai…
-
Polis kesan lelaki dakwa anggota polis minta wang RM300
POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa tiga anggota polis meminta wang RM300 daripadanya dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizan Abdul Shukor berkata, aduan individu itu dimuatnaik menerusi hantaran media sosial bertulisan Cina, semalam. Mengikut hantaran itu, seorang lelaki ditahan…
-
Duda hina Islam dibebaskan dengan jaminan polis
SEORANG lelaki yang ditahan selepas dipercayai menghina Islam serta beberapa individu menerusi rakaman audio yang tersebar menerusi media sosial dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata ia susulan tempoh tahanan reman terhadap suspek yang berstatus duda berusia 59 tahun berakhir hari ini. Beliau berkata, suspek sebelum…
-
Penantian berakhir, kehilangan Muhammad Iman terjawab – Ibu
PENANTIAN seorang ibu berakhir apabila kehilangan anak kesayangannya yang dicari hampir 10 bulan terjawab, semalam. Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang 30 Okt tahun lepas berkata beliau bersyukur dan berasa lega apabila doanya selama tempoh pencarian itu telah dimakbulkan. “Saya doa supaya Allah beri tanda dan bila dapat tahu semalam…
-
Guna platform kementerian buat hebahan tentang Zalina – Rina
Platform media sosial Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan digunakan bagi membantu membuat hebahan mengenai kehilangan bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata pihaknya akan bersama-sama membantu menguar-uarkan perkara tersebut melalui semua platform media sosial kementerian. Rina…
-
Trend salah guna media sosial sebar ‘New Malaysia’ semakin membimbangkan -Bukit Aman
SERANGAN pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu “New Malaysia” yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial semakin membimbangkan, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Zamri Yahya “Trend semasa penyalahgunaan media sosial semakin membimbangkan iaitu bagi penyebaran berita palsu, salah faham dan untuk mencapai pemutarbalikan kebenaran. Penyalahgunaan ini…
-
‘Saya sedar diri, tak pernah ‘pakai’ gelaran ikon permotoran’ – Haqiem Stopa
HAQIEM Stopa atau nama sebenarnya Haqiem Jaafar, 22, yang mencetuskan polemik apabila dikatakan berstatus “mat rempit” dibenarkan masuk ke sekolah, menegaskan tidak pernah menerima atau sama sekali memakai gelaran ikon permotoran negara. Dia yang popular dengan nama Stopa berkata, jolokan ikon itu diberikan secara berseloroh Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal,…
-
[VIDEO] Rakyat bimbang, mengeluh Panadol habis di pasaran
ISU kekurangan bekalan beberapa jenis ubatan asas khususnya Panadol menjadi topik hangat apabila orang ramai mendakwa ubat yang sering diambil untuk merawat demam, selesema dan sakit kepala itu sukar didapati di pasaran. Perkara itu berlarutan sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan banyak farmasi dan kedai yang terpaksa mencatu stok ubat berkenaan. Keadaan itu didakwa berpunca…
-
Pengguna media sosial berang kadar OPR naik
PENGGUNA media sosial menyuarakan rasa tak puas hati dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.25% yang diumumkan Bank Negara (BNM) hari ini. Beberapa netizen meluahkan rasa kecewa memandangkan kenaikan kadar OPR itu berlaku ketika kos sara hidup dan harga barangan turut meningkat. Pengguna Facebook, William Kee, berkata mereka yang mempunyai pinjaman perumahan atau perniagaan…