Bersongkok tapi berseluar pendek, KLFW undang kontroversi

0
393

MENTERI di Jabatan Agama Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan agar semua pihak di negara ini jangan cuba mempermainkan atau membuat sebarang unsur provokasi terhadap agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu seorang lelaki Cina yang tampil mengenakan fesyen pakaian unik sehingga menampakkan bahagian lututnya, tetapi dalam masa penampilannya dilengkapi dengan songkok menghiasinya bahagian kepalanya sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penampilan lelaki itu yang turut mengenakan kostum menyerupai kain sampin sambil bersongkok serta mendedahkan bahagian lututnya ketika muncul di pentas peragaan KLFW 2022 itu telah meraih kritikan negatif orang ramai khususnya di media sosial kerana ia dikatakan seolah-olah mempersendakan agama Islam.

“Kita tidak pernah mengganggu agama lain dan kita tidak pernah menghina agama lain kerana ia merupakan ajaran agama Islam yang dididik oleh agama Islam itu sendiri. Kita harap orang (agama) lain menghormati agama Islam. 

“Kamu bebas untuk menganuti agama kamu tetapi jangan ada unsur-unsur bersifat provokasi,” katanya ketika ditemui pada sidang media bersempena Majlis Haflu Al-Takharujj kali ke-3 1444H/2022 di Tamu Hotel & Suites, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, pada Rabu.  

Menurut beliau, apa yang dimahukan adalah agar sentiasa wujud masyarakat yang harmoni dan sejahtera yang telah dibina sekian lama di negara ini, sejak zaman kemerdekaan lagi yang perlu dikekalkan.

Isu itu mendapat perhatian awam selepas majalah hiburan EH! memuat naik rakaman video acara yang memaparkan “Koleksi Behati” yang mengambil inspirasi daripada gaya Peranakan.

Minggu Fesyen Kedah awal bulan ini turut terpalit kontroversi pemakaian seorang pengunjungnya yang berjaket tetapi menampakkan bahagian dada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here