Tag: Mayat
-
Rangka ditemukan, dipercayai orang hilang sejak 10 bulan lepas
POLIS menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan…
-
Jumpa mayat reput dalam sungai
SATU mayat reput dengan sebahagian badan dipercayai dimakan haiwan ditemukan terapung di sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Tumpat, Kelantan, pada Ahad. Mayat dipercayai lelaki tersebut ditemukan pada jam 11 pagi. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, anggota balai Palekbang menerima satu panggilan daripada orang awam menyatakan terdapat satu mayat terapung…
-
Mangsa ketiga tragedi kepala air ditemui
MAYAT terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 11.55 pagi tadi. Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga…
-
Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan
JASAD wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi, Baling ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang…
-
Penduduk gempar jumpa mayat wanita terapung dalam sungai
ORANG ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang terapung dalam sungai berhampiran pintu air Sungai Kedah di Taman Persisiran Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari tadi daripada orang awam yang memaklumkan ternampak satu mayat…
-
Air bertakung bongkar penemuan mayat jiran
“Saya pelik melihat air paip dari dalam rumah mangsa mengalir sehingga bertakung di depan rumahnya,” kata Mohd Rozlan Deraman sebelum menemui mayat jirannya yang membengkak, hari ini. Mayat Anuar Yusof, 52, ditemui dalam keadaan terlentang dan berbau busuk di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Panjang, Bukit Besi, Terengganu, kira-kira jam 8.30 pagi. Mohd Rozlan,…
-
Nelayan lemas terjatuh ke dalam laut ketika memukat ikan
SEORANG nelayan ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak, di sini semalam. Pengarah Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, pihaknya terus mengerakkan sebuah bot untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai M.Rajendran, 56.…
-
Siasatan punca dua remaja maut dalam MPV ambil masa dua bulan
SIASATAN punca kematian dua remaja yang meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana melibatkan pakar dari agensi lain, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar. Beliau berkata pasukan perubatan sudah melakukan proses bedah siasat terhadap dua remaja iaitu lelaki dan perempuan…
-
Semua mayat mangsa nahas pesawat Nepal sudah ditemui
JASAD terakhir mangsa tragedi pesawat penumpang Nepal telah ditemui pagi Selasa, menjadikan kesemua 22 mangsa nahas berjaya ditemui, menurut Tentera Nepal. “Jasad terakhir telah ditemui. Sedang menguruskan untuk membawa 12 jasad terakhir dari lokasi nahas ke Kathmandu,” menurut ciapan Brigadier Jeneral Narayan Silwal, jurucakap Tentera Nepal, yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat. Siasatan awal mendapati…
-
Pesawat Tara Air terhempas: 14 mayat berjaya dikeluarkan
PASUKAN penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang pada Ahad. Berita Harian melaporkan pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui berkecai di kawasan pergunungan. Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di Barat pagi semalam,…