Penduduk gempar jumpa mayat wanita terapung dalam sungai

0
253

ORANG ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang terapung dalam sungai berhampiran pintu air Sungai Kedah di Taman Persisiran Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari tadi daripada orang awam yang memaklumkan ternampak satu mayat di sungai berkenaan. 

“Anggota polis yang tiba ke lokasi kejadian telah mengeluarkan mayat wanita berumur lingkungan 60an tersebut dari sungai itu dan membawanya ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata identiti wanita itu telah dikenal pasti dan dia menetap di Shahab Permanent di sini, selain mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Lama Alor Setar.

Beliau berkata setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun sebarang tindakan lanjut akan bergantung kepada keputusan hasil bedah siasat.–Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here