Tag: Mayat
-
Tanah runtuh Batang Kali: 4 mayat mangsa terbaru tanah runtuh ditemui
PASUKAN operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menjumpai empat mangsa terbaru insiden tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di sini, pada operasi pencarian yang genap seminggu, hari ini. Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat mangsa iaitu dua kanak-kanak dan dua individu dewasa masing-masing lelaki dan wanita ditemui pada jam 10.39 pagi tadi. Satu sidang…
-
Proses gali tanah berperingkat,elak mayat terkena jentera pengaut-Bomba
PROSES penggalian tanah runtuhan menggunakan jentera pengaut di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan jentera mengenai mayat. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pada peringkat awal, pihaknya akan mengorek dan mengeluarkan tanah runtuhan sedalam tiga atau empat kaki untuk memudahkan mayat…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat ditemukan setakat 4.40 petang
DUA lagi mayat ditemukan di lokasi tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, lapor Utusan Malaysia. Perkara itu dimaklumkan Pusat Pengurusan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui kemas kini setakat pukul 4.40 petang ini. Jumlah mangsa yang didaftarkan adalah seramai 94 orang dengan 61 dilaporkan selamat.
-
Mayat bekas imam ditemukan lemas
SEORANG bekas imam yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan kolam udang di Kampung Fikri, semalam ditemukan lemas di Sungai Fikri di sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, mayat Zakaria Mat Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku di sini ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat di sungai…
-
Mayat wanita tersangkut tingkat 20 kondominium
BOMBA mengambil masa lebih sejam untuk membawa naik mayat seorang wanita yang tersangkut pada belebas tiang tingkat 20 sebuah kondominium dekat Damansara Perdana, Petaling Jaya, hari ini. Mangsa berusia 40 tahun sebelum itu dipercayai terjatuh dari tingkat 28 bangunan kediaman berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata laporan kejadian diterima…
-
Polis jumpa mayat reput ketika siasat lokasi kereta terbabas elak kelibat
POLIS menemukan satu mayat reput ketika menjalankan siasatan terhadap kemalangan kereta yang terbabas berhampiran persimpangan lampu isyarat Pekan Tambun di sini pagi ini. Mayat dipercayai perempuan yang sudah reput sejak beberapa hari itu, ditemui hanya pada kira-kira tiga meter dari kereta Proton Satria Aeroback yang terbabas ke dalam longkang berdekatan. Difahamkan sebelum penemuan mayat, pada…
-
Mayat ditemukan reput, tangan dan muka diikat pita pelekat
MAYAT lelaki warga Bangladesh dipercayai mangsa culik ditemukan dalam keadaan separuh reput dengan tangan dan mukanya diikat menggunakan pita pelekat serta kain sarung di kawasan taman perindustrian dekat Seri Kembangan, di sini, malam tadi. Mayat terbabit dijumpai susulan penahanan empat lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit kes culik itu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner…
-
Mayat wanita mangsa culik ditemukan dalam gaung
MAYAT wanita dipercayai menjadi mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 Sept lepas. Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang. “Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik…
-
Isteri juruterbang helikopter terhempas tuntut mayat di HRPB
ISTERI kepada juruterbang yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor baru-baru ini, telah menuntut mayat mendiang di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini. Isteri mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard tiba kira-kira 10.40 pagi dengan ditemani seorang wanita, manakala mayat mendiang dibawa…
-
Mayat wartawan bebas Mexico ditemukan, petugas media ke-14 dibunuh tahun ini
MAYAT Juan Arjon Lopez, seorang wartawan bebas, ditemukan di utara Mexico, menjadikan jumlah wartawan dan petugas media yang dibunuh setakat ini pada 2022, kepada 14 orang, kata pegawai pada Selasa. Semasa satu sidang media, Peguam Negeri Sonora, Claudia Indira Contreras Cordova berkata Lopez hilang sejak 9 Ogos, lapor Agensi Anadolu. “Kami baru menerima maklumat terdapat penemuan yang…