Tag: maut
-
Warga emas maut bergaduh kerana tuntut hutang RM250
SEORANG lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakan lamanya yang dipercayai enggan melangsaikan hutang sebanyak RM250 di depan sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima Kepong di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, mangsa yang berusia 76 tahun…
-
Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas 2 kenderaan bertembung
SEORANG wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 12.40 pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, dan Muhammad Alfah Abdul Rahim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata siasatan…
-
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran
SEORANG lelaki ditemukan rentung selepas rumah didiaminya hangus terbakar dalam kejadian di Kampung, Huda dekat Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafei, berkata mangsa, Mohd Imeran bin Jusoh, 46, ditemukan di dalam bilik tidur oleh anggota bomba selepas berjaya memadamkan kebakaran…
-
Dua warga Myanmar maut rempuh lori di Gua Musang
DUA penjual sayur warga Myanmar maut, manakala dua lagi cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang sedang berhenti di bahu jalan di KM16 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Pahang berhampiran Lepan Tupai, kira-kira pukul 6.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kedua-dua mangsa iaitu Monir Ahmad Goni…
-
Lumba haram: Penunggang maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan
SEORANG penunggang maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan bersama lima motosikal lain di Kilometer 187.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai, awal pagi ini. Mangsa, seorang lelaki berusia 20 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataannya berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan…
-
Polis tahan pemandu lori didakwa punca kemalangan maut babit enam kenderaan
POLIS menahan seorang pemandu lori yang didakwa menjadi punca kemalangan maut melibatkan enam kenderaan di susur kiri Kilometer 6.1 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menghala ke Klang pada 7.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori melanggar lima kereta yang…
-
Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan
SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum terbabas ke kanan jalan di Jalan Guar Chempedak-Yan, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. “Siasatan awal mendapati,…
-
Dua ejen insurans maut, kereta dinaiki rempuh lori tangki
DUA ejen insurans maut apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berhampiran Serkam, Jasin, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kedua-dua mangsa Badrul Shyam Noor Ibrahim, 31, dan Ezham Hazim Ahyat, 33, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Pemangku…
-
Lelaki hilang tiga hari maut ditemukan maut
MISTERI kehilangan seorang lelaki sejak Sabtu lepas akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di KM22 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam. Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifly Mahmood berkata sebelum itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya berusia 46 tahun itu di Balai Polis Kuala Ketil kira-kira 2 petang semalam. “Rakan-rakan mangsa…
-
Lelaki maut dalam pergaduhan berkumpulan di Kapar
SEORANG lelaki maut dalam satu pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Kapar, Klang dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata polis menerima maklumat kejadian pada 2.04 pagi dan menemukan mangsa yang terbaring di atas jalan di kawasan berkenaan. “Siasatan awal mengesyaki telah berlaku pergaduhan antara dua kumpulan…