Tag: masjid
-
Mayat bayi ditemukan di pekarangan masjid
MAYAT bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah dekat sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata polis menerima maklumat pada pukul 4.35 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna…
-
Bekas ADUN Sanglang cedera diserang lelaki kurang siuman
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang mengalami kecederaan setelah diserang dengan kerusi oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman selepas mendengar tazkirah di Masjid Alwi, Kangar, Perlis awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Datuk Mohd Zain Hamzah, 87, mengalami kecederan pada bahagian kepala sebelah kanan setelah dipukul dengan kerusi…
-
Sekatan dan larangan penceramah di masjid, TV pasca PRU-15 cetus persoalan
TIMBUL persoalan mengenai beberapa siri pendakwah dilarang muncul di televisyen dan berceramah di masjid sejak pembentukan kerajaan dengan yang terbaru penyingkiran pengerusi masjid di Pulau Pinang yang dipilih melalui proses undian majoriti. Sebelum ini, penceramah terkenal Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). …
-
Usah ambil tindakan terhadap pendakwah, AJK masjid kerana fahaman politik – Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pihak berwajib di negara ini tidak mengambil tindakan terhadap para pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid semata-mata kerana berlainan fahaman politik. Berikut kenyataan penuh Muhyiddin yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau malam ini: Saya telah membaca berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal yang dilarang memberi ceramah…
-
Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar
MASJID Nurul Iman Sabindo, berhampiran Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah musnah dalam satu kebakaran, awal pagi Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, bangunan masjid jenis separuh kekal berkeluasan 297 meter persegi berkenaan terbakar hampir 95 peratus keseluruhan strukturnya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya…
-
Kepala ditampar kerana salam tanpa pandang muka
HANYA kerana tidak memandang muka ketika bersalaman, seorang lelaki bertindak keterlaluan dengan menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) Lumut, Perak kelmarin. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30-an. Menurutnya, kejadian berlaku di antara mangsa yang…
-
JAIS larang pungut wang, sumbangan di masjid tanpa kebenaran
JABATAN Agama Islam Selangor (JAlS) mengingatkan semua pihak sama ada individu atau kumpulan termasuk pemilik sekolah swasta Islam dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan atau parti politik untuk tidak memungut wang atau sumbangan lain di masjid, surau dan musolla bagi tujuan kepentingan Islam atau manfaat dan faedah bagi umat Islam. Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, perkara itu hanya…
-
JAWI umum kelonggaran baharu SOP di masjid, surau
JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok (2 Mei). Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan…
-
Pesara TUDM meninggal ketika solat Isyak
SEORANG pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yusri Taib, 51, meninggal dunia ketika menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Kuala Selangor, malam tadi. Beliau yang berasal dari Melaka sebelum itu rebah dalam rakaat pertama solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia oleh kumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh. Abang Allahyarham, Mat Isa Taib,…
-
[VIDEO] Masjid An-Nur lancar kutipan dana RM7.9 juta bina masjid baharu
PENGURUSAN Masjid An-Nur, Saujana Utama melancarkan kutipan dana RM7.9 juta untuk membina ‘muka’ baharu masjid seiring pertambahan penduduk di kawasan perumahan itu. Nazir masjid, Hamzah Mohd Amin berkata, pembinaan masjid baharu itu juga perlu berikutan mendapan tanah di struktur utama masjid. Katanya, masjid pertama yang dibina di kawasan perumahan itu pada 2003 kini semakin uzur…