Tag: majikan
-
Persekutuan Majikan dakwa belum lihat rancangan konkrit Rafizi tingkatkan ekonomi negara
PERSEKUTUAN Majikan Malaysia (MEF) terkejut dengan pengumuman Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung rancangan kenaikan gaji progresif membabitkan sektor swasta dan awam. FMT melaporkan Presidennya, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, perkara itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi, sebaliknya Kementerian Sumber Manusia yang mengendalikan dasar berkaitan gaji. “Menteri ekonomi sebaliknya patut berkongsi rancangan meningkatkan…
-
Segerakan kemasukan tenaga pekerja asing, bantu pulih perniagaan – Pengusaha perniagaan
Beberapa pengusaha perniagaan berharap supaya menyegerakan kemasukan pekerja asing bagi membantu menaikkan semula perniagaan mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19, dapat disegerakan. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata berikutan kekurangan tenaga kerja, hanya kira-kira 2,000 daripada keseluruhan 10,000 rangkaian restoran di bawah persatuan itu dapat beroperasi secara 24 jam. “Kerajaan perlu…
-
Majikan diwajibkan tunggu ketibaan pekerja asing baharu di KLIA
MAJIKAN diwajibkan menunggu ketibaan pekerja-pekerja asing baharu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memastikan pekerja berkenaan mempunyai majikan yang sah, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. Khairul Dzaimee berkata majikan perlu bertanggungjawab menguruskan dokumentasi pekerja berkenaan dan membuat pengesahan bahawa mereka adalah majikan kepada pekerja-pekerja tersebut. Beliau berkata peraturan…
-
211 majikan ditahan Imigresen lindungi PATI
JABATAN Imigresen menahan 211 majikan kerana melindungi dan manggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui 5,416 siri operasi di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga 29 Ogos lalu. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, majoriti majikan terbabit adalah warga tempatan dengan 203 orang, diikuti tiga warga Pakistan, masing-masing seorang…
-
Curi motosikal majikan gara-gara berang tak dapat gaji
AKIBAT berang gaji tidak dibayar, seorang tukang rumah warga Pakistan nekad mencuri motosikal milik majikannya pada Mei lalu. Tertuduh, Umar Farook, 22, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin dan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri motosikal Honda FS 150…
-
Gaji minimum RM1,500 tidak akan dilaksanakan tahun ini
CADANGAN untuk menetapkan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Sebaliknya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menegaskan, perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik. Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan. “Kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak…
-
13 majikan degil didakwa atas pelbagai tuduhan – Perkeso Kelantan
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan mendakwa 13 majikan degil termasuk satu waran tangkap dikeluarkan atas pelbagai tuduhan sejak Januari tahun lepas sehingga semalam (10 Februari). Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata dalam tempoh tersebut, sejumlah RM17,600 denda dikenakan kerana kegagalan majikan mencarum untuk pekerja mereka. “Antara kesalahan didakwa terhadap majikan seperti gagal membayar caruman, gagal…
-
30,000 majikan perlukan pembantu rumah – PAPA
DIANGGARKAN 30,000 majikan tempatan kini berdepan kesukaran mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warga asing sejak tahun lepas, susulan penutupan pintu sempadan negara akibat pandemik COVID-19. Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Datuk Foo Yong Hooi berkata keadaan itu akan bertambah sukar sekiranya rundingan pengambilan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dijadualkan esok ditangguhkan. “Sekitar…
-
796 majikan dikompaun gagal patuhi Akta 446, Akta 342
JABATAN Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM9.1 juta, terhadap 796 majikan yang gagal mematuhi Akta 446 dan Akta 342 sepanjang tahun 2021 sehingga hari ini. Ketua Pengarahnya, Asri Ab Rahman berkata kompaun dikenakan setelah mereka gagal dalam pematuhan Akta Standard Minimun Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446) serta pematuhan SOP…
-
KDN terima 212,926 permohonan Program Rekalibrasi PATI
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menerima 212,926 permohonan daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah Program Rekalibrasi PATI, manakala 11,751 permohonan diterima daripada majikan. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata terdapat beberapa sektor khusus bagi PATI yang mendaftarkan diri untuk bekerja semula dan KDN sudah pun membuat verifikasi mengenai permohonan itu. Bagi sektor perkilangan saja,…