Curi motosikal majikan gara-gara berang tak dapat gaji

0
271

AKIBAT berang gaji tidak dibayar, seorang tukang rumah warga Pakistan nekad mencuri motosikal milik majikannya pada Mei lalu.

Tertuduh, Umar Farook, 22, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin dan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri motosikal Honda FS 150 bernilai RM8,000 kepunyaan Mohd Zamri Sahari, 34. 

Kesalahan itu dilakukan di tapak projek di Jalan Bukit Duyong dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 30 Mei 2022, memetik laporan Utusan Online.  

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun sehingga tujuh tahun dan denda. 

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selepas majikannya tidak membayar gaji sebanyak RM5,000 membabitkan kerja-kerja membuat rumah.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap sepasukan polis dalam sekatan jalan raya di Bentong, Pahang pada 16 Julai 2022.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan dengan alasan hanya bekerja sebagai buruh, selain perlu menyara ibunya yang uzur di Pakistan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sherina Farhana Nor Sa’ari memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan bermula dari tarikh ditangkap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here