Tag: mahkamah
-
Pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
SEORANG pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Setiu di Bandar Permaisuri hari ini setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand bernilai RM28,470 tanpa kebenaran pada tahun lepas. Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari yang turut memerintahkan 62 ekor kambing tersebut dilucutkan hak dan wang…
-
Najib kekal dipenjara, mahkamah tidak benar semak kes SRC
MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya. Panel lima hakim dalam penghakimannya membuat keputusan majoriti 4-1. Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua…
-
Lapan individu nahas LRT pada Mei 2021 saman Rapid Rail, Prasarana
LAPAN individu yang terlibat dalam nahas Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya pada Mei 2021, memfailkan saman terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad atas dakwaan cuai kerana gagal memastikan pengangkutan awam itu beroperasi dengan selamat sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan. Kesemua plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena Jitol,…
-
Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
SEORANG bekas penolong juruteknik Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Labuan hari ini atas tujuh tuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,500 berhubung dokumentasi permit kerja. Mazeran Mohamad Zain, 38, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui transaksi dalam talian antara 31 Okt 2019 dan 20 Dis 2019. Pertuduhan mengikut…
-
SM Faisal dan Emilia akan berunding selesai kes di luar mahkamah
MAHKAMAH Majistret hari ini diberitahu bahawa Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding secara baik untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah. Peguam pemerhati Nazri Yahya yang mewakili Emilia, memaklumkan kepada Majistret Nadia Othman bahawa kedua-dua pihak berhasrat untuk menyelesaikan kes di luar…
-
Siti Nuramira cuti sakit, perbicaraan ditangguhkan
PERBICARAAN kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit akibat gastroenteritis. Peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, 27, memaklumkan perkara itu semasa prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak. “Saya dimaklumkan…
-
Nurul Shuhada terbuka bermadu jika Hafidz Roshdi jujur, mampu jalankan tanggungjawab
ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, terbuka bermadu sekiranya suaminya bersikap jujur untuk berpoligami. Nurul Shuhada berkata, dia boleh menerima kehidupan poligami sekiranya Hafidz mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik. “Bagi saya, sekiranya seseorang suami mahu berkahwin lain, sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tidak melakukan perkara…
-
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
PERMOHONAN Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan pasport sementara dibenarkan Mahkamah Rayuan hari ini. Isteri bekas Perdana Menteri yang bergelar banduan itu memohon pasportnya dengan memberi alasan bagi melawat ahli keluarga, termasuk seorang cucu yang sakit. Keputusan itu dibuat tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail…
-
Dua pengarah syarikat didakwa salah guna kuasa harta syarikat
DUA pengarah syarikat Revenue Group Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lepas. Dua beradik itu Ng Shih Chiow, 50, dan Ng Shih Fang, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.…
-
“Kami bersama Abah” – Penyokong
LEBIH 500 penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral terhadap bekas perdana menteri itu. Laungan ‘Kami bersama abah’ bergema diikuti kemeja-T tanda pagar #abahtabah dikenakan oleh setiap penyokong. Mereka yang tiba seawal pukul 8 pagi dipercayai datang dari seluruj negera bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan…