“Kami bersama Abah” – Penyokong

0
198

LEBIH 500 penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral terhadap bekas perdana menteri itu.

Laungan ‘Kami bersama abah’ bergema diikuti kemeja-T tanda pagar #abahtabah dikenakan oleh setiap penyokong.

Mereka yang tiba seawal pukul 8 pagi dipercayai datang dari seluruj negera bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang berdepan beberapa pertuduhan yang disifatkan sesetengah pihak sebagai pendakwaan terpilih.

Di satu sedut sekumpulan anak muda memasang pentas terbuka bagi memberi peluang pemimpin berucap memberi kata-kata semangat kepada penyokong.

Turut kelihatan pemimpin Bersatu dan PN antaranya, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Dr Radzi Jidin, Wan Ahmad Fyshal Wan Ahmad Kamal dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Penyokong Perikatan Nasional daripada Larut mempamerkan kain rentang Solidariti For Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris berkata, beliau menjangkakan lebih 1,000 penyokong akan terus berkumpul bagi memberi sokongan moral terhadap Presiden Bersatu itu.

“Kita di sini untuk bersama Tan Sri Muhyiddin bagi memberi sokongan terhadap beliau. Seperti hari ini, hari Isnin minggu hadapan juga kita akan terus bersama dengan penyokong sepeerti anda lihat hari ini,” katanya kepada media.

Penyokong diketuai Ketua Penerangan ARMADA Malaysia Ashraf Mustaqim

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Pertuduhan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 berkaitan dana Jana Wibawa.

Kain rentang daripada penyokong Bersatu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here