Tag: mahkamah sesyen
-
Suri rumah mengaku tidak salah buka klinik gigi tidak berdaftar
SEORANG suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di sini, dua tahun lepas. Tertuduh Norazia Abdul Rahman, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohd Nazri. Wanita itu dituduh menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di…
-
Pemilik stesen minyak didakwa tipu ahli perniagaan RM2.3 juta
SEORANG pemilik stesen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dan menggunakan dokumen palsu membabitkan kerugian berjumlah RM2.3 juta, tahun lepas. Hanafi Husin, 39, didakwa menipu lelaki berusia 34 tahun itu dengan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tunai sebanyak tiga kali dan memasukkan wang…
-
Prosiding bela diri Bung Moktar, Zizie Izette tangguh
PROSIDING hari pertama bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi kes rasuah RM2.8 juta pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad di Mahkamah Sesyen di sini, ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan (COA) di Putrajaya. Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan…
-
Kes rasuah RM2.8 juta: Selasa depan tentukan tarikh bela diri Bung Moktar, Zizie Ezette
MAHKAMAH Sesyen di sini akan menetapkan pada Selasa depan tarikh perbicaraan bela diri Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Peguam mewakili Zizie Izette, Datuk K Kumaraendran, berkata tarikh itu akan diputuskan Hakim Rozina Ayob yang memerintahkan pasangan terbabit…
-
Kita terima keputusan mahkamah – Peguam
PELAWAK Ali Puteh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan…
-
SM Faisal,Caprice bincang selesai kes saman-Peguam
PIHAK-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023 di Mahkamah Sesyen di sini. Peguam Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili SM Faisal berkata jika tiada penyelesaian, mahkamah menetapkan 4 hingga 6 Okt tahun depan…
-
Ahli pernigaan bebas pertuduhan terima wang deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah
MAHKAMAH Sesyen di sini hari ini membebaskan seorang ahli perniagaan daripada pertuduhan menerima wang deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah daripada seorang pakar perunding kardiologi. Hakim Datin Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap T. Harikumar, 44. Dalam penghakimannya, Sabariah berkata mahkamah berpuas hati bahawa wujud keterangan…
-
Siti Bainun diperintah bela diri atas tuduhan abai dan aniaya Bella
MAHKAMAH Sesyen di sini hari ini memerintahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan. Siti…
-
Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
KEPUTUSAN sama ada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, akan diketahui esok di Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Izralizam Sanusi dijadual membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi. Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada…
-
Warga emas tak mengaku rogol, amang seksual fizikal terhadap 2 cucu tiri
WARGA emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua cucu tirinya. Tertuduh yang berusia 67 tahun dan bekerja sebagai kontraktor membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia tujuh tahun 11…