Tag: kulai
-
Rangka mayat ditemui dalam beg di perhentian bas
Sebuah beg berisi rangka mayat wanita berusia dalam lingkungan 25 tahun yang dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah hentian bas Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), di Kulai, pada Rabu. Beg berkenaan ditemukan oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak polis, kira-kira jam 1.50 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, Pasukan Forensik…
-
Lelaki mabuk,positif ganja langgar dua kenderaan ditahan
SEORANG lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, individu berusia 51 tahun dan memandu Proton Saga itu ditahan di lokasi kejadian. Beliau berkata lelaki itu melanggar…
-
Lebih 100 terjejas ribut di Kulai
LEBIH 100 penduduk terjejas di Felda Bukit Permai dan kawasan sekitar akibat ribut bersama hujan dan angin kencang, awal pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kejadian yang berlaku antara 8 hingga 9 pagi itu melibatkan 19 rumah dan tiga premis kedai. “Kita kenal pasti sebanyak 17 rumah dan…
-
Nahas 2 rentung: Nana Mahazan kongsi rakaman video, doakan mangsa
PENGACARA Nana Mahazan sempat merakamkan kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 45, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor, malam tadi. Nana menerusi perkongsian TikTok menyatakan, dia ketika kejadian dalam perjalanan menuju utara bersama rakannya dan terkejut melihat sebuah kenderaan dipercayai lori, dijilat api dalam nahas itu. “Ya Allah… Astaghfirullahalazim. Berlanggarkah?…
-
Lori dipercayai tukar lorong ke kiri ketika jalan sesak
KEMALANGAN menyebabkan dua individu rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, di Kulai, malam tadi, disyaki berlaku apabila sebuah lori dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru menukar ke lorong kiri kerana kesesakan lebuh raya. Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan membabitkan membabitkan tiga kereta dan dua lori. Katanya, siasatan…
-
Pemandu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
SEORANG pembantu kedai makan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan membuang patung hiasan di sebuah rumah di Taman Scientex 13, Senai, pada 15 Mei lepas. Gabriele Jungkak anak Steward, 23, mengaku melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 567, pada 9 pagi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan…