Lori dipercayai tukar lorong ke kiri ketika jalan sesak

0
290

KEMALANGAN menyebabkan dua individu rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, di Kulai, malam tadi, disyaki berlaku apabila sebuah lori dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru menukar ke lorong kiri kerana kesesakan lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan membabitkan membabitkan tiga kereta dan dua lori.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila lori Renault dari arah Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru, melalui lokasi berkenaan.

“Pemandu lori lelaki berusia 38 tahun memandu di lorong kiri kerana kesesakan jalan.

“Pada masa sama, Proton Preve yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah sama dan gagal mengelak lalu melanggar lori itu, dari arah belakang.

“Proton Wira dari arah sama cuba mengelak dan melanggar Proton Preve, lalu berpusing. Kenderaan keempat iaitu sebuah kereta yang tidak dikenal pasti juga datang dari arah sama melanggar Proton Wira.

Kemudian lori Isuzu melanggar Proton Wira dan kenderaan keempat.

“Pelanggaran itu menyebabkan kebakaran. Keadaan jalan gelap dan tidak berlampu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Tok, akibat daripada kemalangan itu, seorang penumpang Proton Wira maut terbakar di lokasi kejadian.

Katanya, kenderaan keempat juga terdapat seorang mangsa maut yang belum dikenal pasti identitinya.

“Kedua mangsa parah di bahagian badan dan kepala kerana kebakaran, serta meninggal dunia di tempat kemalangan.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, namun siasatan masih berjalan.

“Semua kenderaan terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senai, manakala pihak berkuasa masih berusaha mengesan nombor casis dan nombor enjin kenderaan keempat,” katanya lapor Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here