Tag: KL City
-
Piala AFC: Tewas final namun KL City tetap bawa pulang RM3.5 juta
Hasrat Kuala Lumpur (KL) City FC untuk menempa sejarah muncul juara Asia lebur selepas tumpas 0-3 kepada Kelab Al Seeb dari Oman dalam aksi final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini. Sebaliknya, Al Seeb melakar sejarah menjadi pasukan pertama dari Oman merangkul piala berprestij itu serta hadiah berjumlah…
-
Janji lari berbogel: Penyokong JDT minta maaf terbuka
SELEPAS beberapa hari dikecam hebat apabila gagal menunaikan janji pulang ke Johor dengan berlari secara berbogel, akhirnya lelaki dipercayai peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, hari ini. Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, petang tadi. Menerusi video berdurasi 49 saat itu, lelaki…
-
Wilayah Persekutuan cuti umum Jumaat ini
MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021. Ia susulan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) memenangi perlawanan final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. “Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat…
-
Final menentang JDT tugas getir sepanjang karier saya – Hodak
KETUA Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak menyifatkan aksi final Piala Malaysia 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tugas paling getir sepanjang kariernya dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M). Pengendali berasal dari Crotia itu berkata ia disebabkan skuad kendaliannya hanya mempunyai dua pemain kebangsaan — Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan , tidak seperti ketika…
-
Piala Malaysia: KL City tamatkan penantian 32 tahun, tewaskan JDT
PASUKAN Kuala Lumpur (KL) City FC menamatkan penantian 32 tahun untuk merangkul Piala Malaysia selepas mengejutkan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Dua jaringan masing-masing daripada Zhafri Yahya dan kapten pasukan Paulo Josue pada separuh masa kedua, turut membantu skuad The City Boys melakar…
-
Final Piala Malaysia: 20,000 tiket dijual Sabtu ini
SEBANYAK 20,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com bermula tengah hari, Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiket tempat duduk terbuka itu dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara…