Tag: KJ
-
UMNO milik semua ahli, bukan MKT sahaja, kata KJ
BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan UMNO adalah milik semua ahlinya, bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja. Menurut Khairy, memiliki sudut pandang yang berbeza dengan pucuk pimpinan tidak bererti beliau tidak setia kepada parti. “Berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti,” katanya menerusi…
-
UMNO tentukan keputusan hukuman terhadap Khairy hari ini
NASIB bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam parti akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, kata Datuk Seri Mohamad Hasan. Timbalan Presiden UMNO mengesahkan keputusan dalam menentukan bentuk hukuman terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau akan dimuktamadkan dalam mesyuarat parti itu hari ini, ia selepas kritikan Khairy terhadap pemimpin atasan parti…
-
KJ bidas Puad: UMNO bukan milik pemimpin tertinggi sahaja
UMNO adalah parti milik semua ahlinya dan bukan hanya milik pemimpin atasan sahaja, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Bekas Ketua Pemuda itu membalas kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi yang menyindir tindakan dua ahlinya yang membuat laporan baru-baru ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.…
-
Syabas! Masih ada yang berani dan waras dalam UMNO, kata KJ
“WELL done, guys. Ada yang masih berani dan waras dalam UMNO.” Itu reaksi bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin susulan tindakan dua ahli parti itu menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), pagi tadi. Ini berhubung usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 minggu lalu mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden…
-
Apa nasib KJ…diberi amaran, digantung atau dipecat?
Oleh Zulkiflee Bakar PADA hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO pada Sabtu lalu, Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengekalkan jawatan Presiden selepas ia tidak ditandingi memaklumkan Lembaga Disiplin akan memutuskan tindakan ke atas Khairy Jamaluddin (KJ). Bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang dalam PRU-15 ‘dicampak’ bertanding di Parlimen Sungai Buloh berhadapan kemungkinan dipecat kerana mendakwa ada…
-
Zahid Hamidi tiada lagi autoriti moral buat keputusan – Khairy
PERUNDINGAN pembentukan kerajaan baharu membabitkan Barisan Nasional (BN) tidak boleh melibatkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana Ahmad Zahid tidak lagi mempunyai keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti diundurkan segera. “Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Dr. Zahid Hamidi. Beliau tiada lagi keabsahan…
-
Covid-19: Gelombang baharu tidak bawa risiko teruk
GELOMBANG baharu Covid-19 yang dihadapi negara lebih awal berbanding jangkaan tidak membawa risiko tinggi seperti gelombang awal jangkitan wabak tersebut. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hal demikian dilihat apabila 95.6 peratus pesakit yang dijangkiti Covid-19 hanya perlu berehat di rumah dan bukan di hospital, memetik laporan Utusan Malaysia. Menurut beliau, situasi itu sama seperti awal…
-
Sistem kesihatan Malaysia sudah sedia tangani wabak cacar monyet- Khairy
SISTEM kesihatan di Malaysia sudah bersedia untuk menangani kehadiran penyakit berjangkit baharu termasuk ‘monkeypox’ yang sudah menular di beberapa negara. Astro AWANI melaporkan jaminan itu disuarakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menegaskan, berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia akan mula meningkatkan keupayaan mendiagnosis penyakit tersebut. “Terdapat nasihat daripada WHO, untuk Malaysia dan negara lain…
-
Kes rasuah Zahid: Catatan KJ, bomoh direkod dalam buku faraid UKSB
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu bahawa catatan “KJ”, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku “faraid” Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam, Datuk Ahmad…
-
Jururawat tampil bagi penjelasan isu suntik vaksin anak KJ
JURURAWAT yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini, tampil menyangkal dakwaan warganet bahawa beliau membuang cecair vaksin Comirnaty untuk kanak-kanak sebelum menyuntiknya. Sebaliknya, jururawat yang melaksanakan proses berkenaan sudah melakukannya mengikut prosedur dan protokol ditetapkan. Melalui klip video yang dimuatnaik di laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM) itu pagi tadi,…