KJ bidas Puad: UMNO bukan milik pemimpin tertinggi sahaja

0
136

UMNO adalah parti milik semua ahlinya dan bukan hanya milik pemimpin atasan sahaja, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bekas Ketua Pemuda itu membalas kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi yang menyindir tindakan dua ahlinya yang membuat laporan baru-baru ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Adakah UMNO hanya milik kepimpinan tertinggi? Umno milik semua anggotanya. Mana-mana anggota boleh minta penjelasan daripada RoS.

“Kita mesti hormat mana-mana anggota UMNO yang mahukan kejelasan memandangkan usul (UMNO bahagian) Rembau sangat kontroversi dan ramai pakar undang-undang mempersoalkan kesahannya,” katanya dipetik dalam laporan New Straits Times, hari ini.

Bekas ahli parlimen Rembau juga mengulangi sokongannya terhadap mana-mana ahli UMNO yang mahu mendapatkan penjelasan berkenaan kesahan usul itu.

Puad yang diketahui umum orang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu membidas langkah membuat aduan kepada RoS semalam, sebaliknya mendesak supaya pemimpin atasan mereka yang tidak berpuas hati dengan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan itu tampil membuat laporan sendiri.

“Berani atau dipergunakan? Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. itu baru berani namanya

“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?” kata Puad dalam satu hantaran Facebook.

Terdahulu, dua ahli UMNO berkenaan – Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (ahli UMNO Negeri Sembilan) dan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir (Terengganu) – dilaporkan menghantar notis bantahan kepada RoS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here