Tag: kereta api
-
Lelaki maut dilanggar kereta api di Bukit Mertajam
SEORANG lelaki maut digilis kereta api di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubuk Bukit Mertajam malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam yang menghubungi polis kira-kira jam 8.30 malam. “Berdasarkan pemerhatian, mangsa dianggarkan berusia…
-
Pemuda ditemukan maut dipercayai digilis kereta api
SEORANG pemuda ditemukan maut pada kira-kira 7.30 pagi tadi dipercayai digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Tanjung di Pasir Mas. Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azrual Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa, Mohammad Aqil Ifran Hizuan, 23. Sementara itu, bapa mangsa, Hizuan Jusoh, 52, berkata beliau mengetahui…
-
Dua maut, lima cedera dalam serangan pisau di Jerman
DUA orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di utara Jerman pada Rabu, kata pegawai. Menurut Xinhua seorang lelaki menyerang penumpang dengan pisau di dalam kereta api yang dalam perjalanan dari Kiel ke Hamburg kira-kira 3 petang waktu tempatan sebelum tiba di stesen Brokstedt. Dia ditangkap tidak lama selepas itu, kata jurucakap polis. Stesen…
-
Pekerja kereta api London adakan mogok
Perkhidmatan landasan kereta api dan London Underground akan lumpuh mulai Selasa akibat mogok terbesar dalam industri pengangkutan awam itu selama lebih 30 tahun susulan isu gaji, pekerjaan dan persekitaran tempatan kerja. Anggota Kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan (RMT) di Network Rail (NR) dan 13 pengendali kereta api akan mogok pada Selasa, Khamis dan Sabtu, mengikut…
-
[VIDEO] Kereta api langgar kereta
SEBUAH kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor, pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada jam 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Beliau berkata, kejadian berlaku ketika kereta api dengan 31…
-
[VIDEO] Bagaikan aksi filem, kereta ‘terlepas’ dirempuh kereta api
BAGAIKAN aksi dalam filem, sebuah kereta hampir dirempuh kereta api selepas tersangkut di tengah-tengah landasan akibat tayar hadapannya tercabut. Detik cemas itu berjaya dirakam dan tular di media sosial menunjukkan orang ramai membantu menolak kereta jenis Proton Saga keluar dari landasan kereta api itu. Difahamkan, kejadian ibarat telur di hujung tanduk itu berlaku pada petang…
-
Perolehan ETS Gemas-JB: CRM tawar penurunan 22 peratus
KERAJAAN melantik syarikat CRRC Rolling Stock (Malaysia) Sdn Bhd (CRM) bagi perolehan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) satu set enam gerabak yang baharu selepas syarikat itu menawarkan penurunan harga sebanyak 22 peratus. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata penurunan harga tersebut telah memberi penjimatan kira-kira RM80 juta kepada kerajaan. “Terdapat tiga syarikat tempatan…
-
Tokyo: lelaki amuk guna pisau, 15 penumpang kereta api cedera
SERAMAI 15 penumpang kereta api Keio Line di Jepun cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Kyodo News . Kejadian berlaku pada Ahad malam, seorang daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius. Lelaki berusia lingkungan 20-an itu berjaya ditahan. Suspek juga dilaporkan telah menyimbah asid hidroklorik di dalam gerebak kereta api berkenaan dan polis…
-
Maut dilanggar kereta api
SEORANG lelaki maut selepas dilanggar kereta api dalam kejadian di kilometer 4.5 landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kawasan Perusahaan Perai berhampiran Kampung Jawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu mengalami kecederaan parah dalam kemalangan…