Tokyo: lelaki amuk guna pisau, 15 penumpang kereta api cedera

0
266

SERAMAI 15 penumpang kereta api Keio Line di Jepun cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Kyodo News .

Kejadian berlaku pada Ahad malam, seorang daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.  Lelaki berusia lingkungan 20-an itu berjaya ditahan. 

Suspek juga dilaporkan telah menyimbah asid hidroklorik di dalam gerebak kereta api berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here