Tag: kemalangan
-
Nahas 2 rentung: Nana Mahazan kongsi rakaman video, doakan mangsa
PENGACARA Nana Mahazan sempat merakamkan kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 45, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor, malam tadi. Nana menerusi perkongsian TikTok menyatakan, dia ketika kejadian dalam perjalanan menuju utara bersama rakannya dan terkejut melihat sebuah kenderaan dipercayai lori, dijilat api dalam nahas itu. “Ya Allah… Astaghfirullahalazim. Berlanggarkah?…
-
Lori dipercayai tukar lorong ke kiri ketika jalan sesak
KEMALANGAN menyebabkan dua individu rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, di Kulai, malam tadi, disyaki berlaku apabila sebuah lori dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru menukar ke lorong kiri kerana kesesakan lebuh raya. Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan membabitkan membabitkan tiga kereta dan dua lori. Katanya, siasatan…
-
Anak maut, bapa parah selepas kereta dipandu langgar lori
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Besar Rancangan Tanah Baharu, Bukit Changgang, Kuala Langat, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Muhammad Niyaz Mohd Nizam, 2, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala bapanya Mohd Nizam…
-
Bas rempuh treler, pemandu parah, 15 penumpang selamat
SEORANG pemandu bas ekspres cedera parah dan 15 penumpang terselamat apabila bas yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan di sini pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata insiden yang dipercayai berlaku pada 2.28 pagi itu turut menyebabkan dua daripada 15 penumpang bas ekspres terbabit mengalami kecederaan…
-
Suruhanjaya Tenaga jalankan siasatan insiden dua beradik maut direnjat elektrik
SURUHANJAYA Tenaga (ST) memandang serius berkaitan dengan kemalangan elektrik yang meragut dua nyawa di Kampung Teras Jernang, Kajang, baru-baru ini. Berikutan insiden itu, ST sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. ST dalam kenyataan berkata, jika didapati berlaku kecuaian atau kesalahan oleh mana-mana pihak yang berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Akta…
-
Suami maut dalam nahas motosikal – Berulang-alik jaga isteri sakit
PENGORBANAN seorang suami menjaga isterinya yang sakit tidak berpanjangan apabila dia maut dalam nahas di lampu isyarat Simpang Ampat, Ayer Keroh di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Abd. Rahim Hussin, 74, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. Menurut…
-
Ikmal gelisah dan trauma selepas terbabit dalam kemalangan
PELAKON Ikmal Amry mengalami trauma berpanjangan selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan, awal bulan ini. Berkongsi perkara itu, Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, kemalangan yang berlaku membuatkannya sering diburu ketakutan dan gelisah hingga mengganggu kehidupan seharian. “Saya akui, kemalangan ini memberi impak dalam kehidupan. Hingga…
-
Warga emas maut pangku cucu
SEORANG lelaki warga emas maut manakala cucunya berusia setahun di atas ribanya terselamat selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani kelmarin. Dalam kejadian pada jam 5.30 petang, mangsa yang berusia 63 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala bayi lelaki terbabit cedera…
-
Mercedes rempuh pam minyak
SEBUAH kenderaan jenis Mercedes berwarna putih merempuh sebuah pam minyak di sebuah stesen minyak di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum melanggar salah satu pam minyak di stesen tersebut. Kemalangan pada awal pagi sabtu itu menyebabkan kereta tersebut musnah di bahagian depan dan berlaku tumpahan…
-
24 kenderaan nahas akibat tumpahan diesel
SEBANYAK 24 kenderaan terbabit dalam kemalangan berpunca daripada tumpahan minyak sepanjang 14 kilometer (KM) bermula dari Bandar Permaisuri menghala ke Penarik, di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, kejadian itu menyebabkan 11 kereta dan 13 motosikal terbabit dalam kemalangan. Katanya, mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu pada…