Tag: Jenayah
-
Nak untung RM200,000, wanita hilang simpanan RM37,000
AKIBAT terpaut dengan tawaran pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan melebihi RM200,000 di aplikasi telegram, seorang wanita tertipu, dan mengalami kerugian berjumlah RM37,217. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata wanita berumur 30an itu kehilangan wang simpanannya yang dipindahkan ke lima akaun bank sehingga semalam, dengan harapan mendapatkan keuntungan tinggi. “Wanita itu membuat tujuh transaksi…
-
Polis buru lima suspek kes samun bersenjata parang
POLIS sedang memburu lima suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Petaling, Klang, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian pada sebelah petang itu, lima suspek yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang telah meletakkan kenderaan mereka di laluan belakang sebuah rumah sebelum…
-
Cabul dan tujuk kemaluan, lelaki dihukum penjara, denda RM 6,000
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM6,000 terhadap seorang pembantu restoran kerana mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluan kepada wanita. Yap Jian Sheng, 24, menjalani hukuman penjara bermula kelmarin iaitu hari tangkapan dan akan dipenjara tiga minggu lagi jika gagal membayar denda berkenaan. Majistret Nuzul Izzah Shaharuddin menetapkan keputusan itu…
-
Pelajar Tingkatan Dua dirogol, 9 suspek ditahan
POLIS menahan lapan lelaki, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Johor, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa 24 September lalu. Beliau berkata, polis menerima satu laporan dibuat seorang…
-
Kes remaja perempuan jatuh kondominium tiada unsur jenayah
SIASATAN polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, dekat sini semalam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk mendapatkan maklumat berhubung remaja berusia…
-
Pindaan 2022 Akta 574: ‘Menghendap secara maya’ berulang kali juga satu jenayah
Bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga merupakan satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata meskipun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, ia boleh…
-
Polis Perak diberi amaran tidak melindungi kegiatan haram di sempadan negara
SEMUA anggota polis kontinjen Perak diberi amaran supaya tidak terlibat dengan kegiatan melindungi aktiviti haram khususnya penyeludupan pendatang tanpa izin dari sempadan negeri ini. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata tindakan tegas akan diambil kepada anggota dan pegawainya yang didapati mendalangi pencerobohan sempadan negara di Pengkalan Hulu dan Betong di Wilayah Yala selatan…
-
Penganggur tekup kekasih guna bantal hingga mati didakwa esok
SEORANG penganggur yang disyaki menekup kekasihnya dengan bantal sehingga mati di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang, Selangor, akan didakwa di mahkamah esok. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sudah mendapat arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi pertuduhan terhadap suspek berusia 24 tahun itu. “Lelaki yang sudah ditahan polis itu masih ditempatkan di…
-
Polis tahan 20 individu, tumpaskan lima kumpulan jenayah
POLIS menahan 20 individu dengan 18 daripadanya merupakan anggota lima kumpulan yang terlibat dalam pelbagai jenayah antaranya pecah rumah, stor kilang dan tabung masjid yang membabitkan kerugian kira-kira RM500,000 sejak 1 Jan hingga 22 Jun lepas. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mereka yang terdiri daripada 17 lelaki dan tiga wanita berusia…
-
Hukuman mati mandatori dimansuhkan – Wan Junaidi
KERAJAAN bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah…