Pelajar Tingkatan Dua dirogol, 9 suspek ditahan

0
360

POLIS menahan lapan lelaki, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Johor, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa 24 September lalu.

Beliau berkata, polis menerima satu laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

“Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu diantara jam 12.30 malam sehingga jam 5 pagi mangsa dibawa oleh rakan perempuan pergi kesebuah rumah disekitar Kemelah sebelum mangsa dirogol oleh lapan lelaki rakannya Itu.

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya membuat tangkapan pada 25 September di sekitar Segamat dan Felda Kemelah terhadap lapan suspek termasuk wanita itu, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini, lapor BH Online.

Ahmad Zamry berkata, mangsa telah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

“Suspek sebahagiannya pelajar berusia14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula 26 September sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 376B.

“Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here