Tag: JBPM
-
Dua terkorban lori, kereta bertembung sehingga terbakar
DUA rentung dalam kenderaan masing-masing dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh Kuala Krau hari ini. Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing yang terbakar selepas perlanggaran jam 10.48 pagi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba sampai ke lokasi kejadian…
-
Laporan penuh kebakaran gedung Jakel akhir Januari-Bomba
LAPORAN siasatan kes kebakaran di Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini dijangka siap selewat-lewatnya pada hujung bulan ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis. Katanya laporan itu meliputi hasil analisis sampel kebakaran yang diambil di setiap sudut bangunan berkenaan serta dokumen daripada pihak Jakel sendiri. Selain itu katanya, pihak…
-
Bomba potong jeriji tingkap, selamatkan dua beranak daripada kebakaran
DUA beranak berjaya diselamatkan anggota bomba apabila rumah mereka musnah terbakar di Bandar Universiti, di sini, awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas memotong jeriji tingkap bagi mengeluarkan dua mangsa iaitu ibu dan anak perempuannya. Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.04…
-
Anggota bomba cedera dilanggar kenderaan ketika bantu mangsa kemalangan di LPT
SEORANG anggota bomba dan penyelamat cedera, ketika membantu mangsa kemalangan apabila jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki, dirempuh kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 244.1 Lebuhraya Pantai Timur, Hala Barat Kuantan, awal pagi tadi. Penolong Pengarah JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata kejadian itu menyebabkan empat mangsa termasuk anggota bomba terbabit cedera, manakala…
-
[VIDEO] Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus
GEDUNG tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, pada pagi Ahad. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 7.19 pagi. Susulan itu katanya, sepasukan…
-
Bomba bantu keluarkan cincin pada kemaluan warga emas
KHIDMAT bomba terpaksa digunakan bagi menanggalkan sebentuk cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki warga emas di Hospital Kuala Kangsar, Perlis, malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan diterima pukul 7.41 malam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke hospital itu. Katanya, lelaki berusia 72 tahun…
-
Volkswagen, Mercedes rentung dalam kebakaran bengkel di Shah Alam
SEBANYAK tiga buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Matahari AA, Seksyen U5, Shah Alam pada Sabtu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Kota Anggerik ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.34 pagi tadi.…
-
Bayi ditemukan lemas dalam parit
SEORANG bayi lelaki berusia 18 bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di hadapan kediamannya di Jalan Kwong Ming, Sibu, hari ini. Mayat Sia Chin Hang dijumpai dalam anggaran jarak 600 meter dari kediamannya oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2.10 petang. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…
-
Air pasang besar: Lebih 100 rumah roboh dipukul ombak
LEBIH 100 rumah dilaporkan roboh akibat dipukul ombak dalam fenomena air pasang besar di dua buah kampung di sini, malam tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu ialah Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua. Di Kampung Forest, dianggarkan…
-
Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 lelaki dewasa ditemui – Bomba
PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, dekat Hulu Selangor, menemui satu lagi mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi. “Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR)…