Tag: Imigresen
-
Pegawai Imigresen maut dipercayai langgar lari
SEORANG pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) maut, manakala rakan setugasnya patah kaki kanan apabila dua motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terbabit kemalangan dipercayai langgar lari di Kilometer (KM) 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara, hari ini. Mangsa yang juga Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Muhammad Nizam Samsudin, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat…
-
Kerajaan perkenal Program Visa Premium, tarik hartawan global
Malaysia memperkenalkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia bagi menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata program berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan itu, yang pertama seumpamanya diperkenalkan oleh kerajaan, bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, menjana pendapatan negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan…
-
211 majikan ditahan Imigresen lindungi PATI
JABATAN Imigresen menahan 211 majikan kerana melindungi dan manggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui 5,416 siri operasi di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga 29 Ogos lalu. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, majoriti majikan terbabit adalah warga tempatan dengan 203 orang, diikuti tiga warga Pakistan, masing-masing seorang…
-
Sindiket pelacuran wanita Afrika tumpas
SINDIKET pelacuran melibatkan wanita dari benua Afrika yang beroperasi di sebuah kondominium di Cyberjaya, ditumpaskan dalam serbuan pukul 4 petang semalam. Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya berjaya memberkas 10 wanita terdiri daripada tujuh wanita Tanzania dan tiga wanita Uganda. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya merampas…
-
Lapan warga Myanmar, tekong darat ditahan pasar borong Kuala Lumpur
LAPAN warga Myanmar dipercayai baru tiba di negara ini ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata turut ditahan dalam operasi berkenaan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong yang membawa semua warga Myanmar itu ke pasar borong berkenaan pagi ini. “Kesemua…
-
Imigresen beri kerjasama penuh kepada jawatankuasa siasatan berhubung insiden di KLIA
JABATAN Imigresen akan memberi kerjasama penuh pada Jawatankuasa Siasatan berhubung insiden melibatkan pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. “Saya tidak boleh memberikan komen lanjut kerana jawatankuasa siasatan khas telahpun ditubuhkan dan Imigresen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa…
-
JPA nafi Ketua Pengarah keluar kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen
JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang Pegawai Kanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Rabu. JPA memandang serius perkara itu dan menegaskan segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) itu adalah tidak berasas. Ia berniat jahat untuk menjatuhkan imej KPPA sebagai pegawai tinggi kerajaan, kata…
-
Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
BEKAS personaliti TV3, Zalina Azman, tidak melakukan pergerakan ke luar negara, selain tiada menerima rawatan perubatan di mana-mana hospital, manakala nombor telefon tidak aktif sejak dilaporkan hilang pada November tahun lalu. Itu antara hasil siasatan diperoleh polis yang melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Zalina atau turut dikenali sebagai Zally, termasuk bertukar maklumat dengan pelbagai agensi…
-
Cacar monyet: Imigresen lakukan pemeriksaan di pintu sempadan Johor
JABATAN Imigresen melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap pengembara yang tiba di pintu sempadan negeri Johor susulan laporan kes jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Singapura. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata setiap pegawai Imigresen juga telah diberikan surat pemberitahuan untuk melakukan pemeriksaan khususnya terhadap individu yang mempunyai simptom. “Memandangkan hari ini Singapura, ada kes import…
-
Warga Bangladesh pemegang Pemastautin Tetap jadi dalang projek pasport ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan kegiatan dua sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang berselindung di sebalik agensi pekerjaan haram dan syarikat pembinaan yang mengaut keuntungan melebihi RM2 juta. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, satu daripada sindiket itu didalangi warga Bangladesh berusia 42 tahun serta berstatus pemegang Pemastautin Tetap (MyPR) yang berkahwin dengan…