Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Imdb Archives -

Tag: Imdb

  • Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak

    Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak

    MAHKAMAH Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman oleh 1MDB. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas mendapati, dakwaan penipuan dan konspirasi sebagai mana dinyatakan…

  • Mahkamah tolak permohonan Najib hakim tarik diri

    Mahkamah tolak permohonan Najib hakim tarik diri

    HAKIM Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini, menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes menyalahguna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). BH melaporkan,bekas perdana menteri itu memfailkan permohonan pada 14 Ogos lalu susulan pendedahan Sequerah pada 26 Julai lalu, bahawa…

  • AS$700 juta milik 1MDB masuk ke akaun syarikat milik Jho Low pada 2009, BNM tahu mengenainya pada 2015: Zeti

    AS$700 juta milik 1MDB masuk ke akaun syarikat milik Jho Low pada 2009, BNM tahu mengenainya pada 2015: Zeti

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati bahawa wang AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah masuk ke entiti yang salah, iaitu Good Star Ltd, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia…

  • Jho Low tidak pernah masak pasta untuk keluarga saya, kata Zeti

    Jho Low tidak pernah masak pasta untuk keluarga saya, kata Zeti

    BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak pernah melawatnya dan memasak pasta untuk keluarganya di kediamannya di Bukit Tunku, di Kuala Lumpur. Saksi berusia 76 tahun itu berkata demikian ketika menafikan dakwaan peguam…

  • Mahkamah benarkan 1MDB mulakan tindakan saman sekutu Jho Low

    Mahkamah benarkan 1MDB mulakan tindakan saman sekutu Jho Low

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini, membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya, meneruskan tindakan saman bagi menuntut AS$2.795 (RM12.9 bilion) daripada sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low. Peguam, Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili 1MDB ketika dihubungi media, berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi…

  • Najib masih cirit-birit, bicara kes 1MDB tangguh lagi

    Najib masih cirit-birit, bicara kes 1MDB tangguh lagi

    PERBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, tertangguh lagi selepas bekas Perdana Menteri itu masih menerima rawatan akibat cirit-birit dan berisiko mengalami dehidrasi. Menurut Pakar Perubatan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Fadhli Zil Ikram Karim mengesahkan perkara itu, ketika prosiding kes berlangsung…

  • 1MDB:’’Kita akan lihat apa akan berlaku’’ – Najib

    1MDB:’’Kita akan lihat apa akan berlaku’’ – Najib

    TINDAKAN pihak berkuasa membawa pulang individu dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkemungkinan mengubah perjalanan perbicaraan kes penyelewengan dana syarikat itu yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menyifatkan perkembangan terkini itu akan memberi kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB kerana suspek yang berjaya dibawa pulang memainkan…

  • Prakazrel “Pras” Michel bersalah dalam kes 1MDB – Mahkamah AS

    Prakazrel “Pras” Michel bersalah dalam kes 1MDB – Mahkamah AS

    MAHKAMAH Persekutuan Washington mendapati Prakazrel “Pras” Michel, bekas penyanyi rap dengan kumpulan The Fugees bersalah bersubahat melancarkan kempen melobi saluran belakang untuk menamatkan siasatan Amerika Syarikat terhadap ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Juri persekutuan semalam mensabitkan Michel, 50, atas petuduhan jenayah lain, termasuk bersubahat untuk menyalurkan wang…

  • Kes 1MDB: Roger Ng dihukum penjara 10 tahun

    Kes 1MDB: Roger Ng dihukum penjara 10 tahun

    BEKAS  pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan tuduhan membantu menggelapkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini selepas Mahkamah Persekutuan Brooklyn, New York pada April lalu mensabitkan Ng dengan tuduhan tersebut.  Berbilion dolar wang yang dicuri dari dana tersebut digunakan untuk merasuah dan membiayai parti mewah, kapal layar, hartanah serta…

  • Najib rayu keputusan mahkamah batal saman terhadap Tommy Thomas

    Najib rayu keputusan mahkamah batal saman terhadap Tommy Thomas

    BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam Yudistra Darma Dorai yang mewakili Najib ketika dihubungi hari ini berkata notis rayuan itu difailkan…