Tag: harga barang
-
Kurang sambutan, untung sedikit antara punca Menu Rahmah diberhentikan
KURANG sambutan, untung sedikit antara alasan beberapa pengusaha makanan yang menyediakan Menu Rahmah menghentikan menu berkenaan. Pekerja sebuah kiosk makanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Irfan Kassim, berkata, kenaikan harga bahan mentah menyukarkan lagi pengurusan syarikat meneruskan menu berkenaan. Katanya, kiosk makanannya yang menyediakan Menu Rahmah berupa set nasi dengan lauk ayam dan sayur…
-
J-KOM dihentam netizen, padam infografik belanja dapur
SELEPAS dihentam pelbagai pihak, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) memadamkan hantaran yang memaparkan infografik ‘belanja dapur’ untuk keluarga dan golongan bujang selama seminggu dan sebulan. Agensi kerajaan tersebut memadam hantaran berkenaan di Facebook dan Twitter yang menerangkan sama ada belanja dapur benar-benar telah meningkat dari RM200 kepada RM500 seperti yang dilaporkan oleh media. Infografik tersebut sebelum…
-
Harga barang, kos sara hidup semakin menghimpit rakyat-Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa meninjau aktiviti perniagaan sekitar Pusat Komersial dan Pasar Malam Taman Melawati semalam. Menerusi catatan dalam Facebook miliknya, bekas Perdana Menteri itu tersentuh apabila orang ramai dan peniaga yang ditemuinya meluahkan masalah kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang semakin menghimpit mereka. Berikut adalah entri yang dimuat naik Pengerusi…
-
Peniaga dakwa ‘sengsara’ terlibat program Menu Rahmah, kerajaan dapat nama
PENIAGA makanan terlibat program Menu Rahmah membidas kerajaan kerana didakwa hanya mahu ‘popular’ tanpa mengambil kira keperitan peserta yang menjayakannya. Mengakui program itu bersifat pilihan, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Farawahida berkata, kerajaan seharusnya lebih cakna dengan menyelesaikan isu kenaikan bahan mentah. Kata wanita berusia 38 tahun itu, ketiadaan inisiatif kerajaan menyebabkan ramai…
-
Harga simen, besi meningkat tiga bulan berturut-turut
KETUA Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, harga seunit bagi beberapa bahan seperti simen, besi dan bahan bumbung di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan pada Januari tahun ini. Menurutnya, indeks harga seunit simen meningkat 2.6 peratus pada Januari 2023 berbanding Disember 2022, peningkatan tiga bulan berturut-turut. Jelas beliau, peningkatan harga bahan mentah dan…
-
‘Jadi ahli politik rakyat bukan korporat’, pemain industri tegur Rafizi
PEMAIN industri dan pengusaha restoran terkemuka meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhubung isu kos sara hidup dan harga barang. Terbaharu, Rafizi menyeru kerjasama orang ramai untuk memulaukan premis perniagaan yang tidak menurunkan harga barang dan makanan. Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Ameer Ali Mydin, sebagai pengeluar bahan…
-
Harga bahan mentah masih tidak turun – Peniaga
GOLONGAN peniaga mendakwa harga bahan mentah tidak turun malah kebanyakannya masih sama seperti sebelum ini, sekali gus menyukarkan mereka menurunkan harga jualan makanan seperti disarankan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Kumpulan peniaga gerai makanan dan restoran yang ditemui turut tidak bersetuju dengan teguran Rafizi yang mendakwa sesetengah mereka sengaja enggan menurunkan harga makanan dan minuman. Menurut…
-
Harga makanan di gerai makan, restoran naik hingga 40 peratus
PENGUSAHA gerai dan restoran didapati terpaksa menaikkan harga makanan sehingga 40 peratus susulan bekalan bahan mentah yang mahal dikenakan pembekal. Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, tinjauan harga purata makanan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan peningkatan harga makanan yang membimbangkan pengguna. “Nampaknya dalam sub kumpulan makanan dan minuman…
-
[VIDEO] Menaikkan OPR tidak bantu kekang inflasi, hanya rakyat terus terbeban
TINDAKAN menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bukan langkah efektif menangani kenaikan inflasi. Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, menaikkan OPR hanya berkesan menurunkan kadar inflasi jika kadar yang ditetapkan benar-benar tinggi. “Tetapi kadar OPR (selepas dinaikkan) masih rendah, jadi belum lagi cukup efektif untuk menangani…
-
Nak tadbir kerajaan bukan tambah elaun menteri sahaja – Anwar
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada pemimpin kerajaan untuk mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan sendiri. Beliau menegaskan bahawa kenaikan kos sara hidup merupakan masalah rakyat yang sepatutnya ditangani pihak kerajaan, mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT). “Nak pegang kerajaan bukan hanya tambah elaun, tambah menteri tetapi jaga kemaslahatan rakyat.“(Harga) sayur, ikan, ayam,…