Tag: gangguan seksual
-
Kes perbicaraan Ebit Lew bersambung 20 hingga 22 Disember ini
KES perbicaraan gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew akan bersambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula 20 sehingga 22 Disember ini. Prosiding berkenaan adalah bagi meneruskan perbicaraan yang ditangguhkan sebelum ini selepas berlangsung selama empat hari pada 27 hingga 30 September lalu. Pihak pendakwaan setakat ini sudah menampilkan tiga saksi, termasuklah pendakwah bebas, Firdaus Wong…
-
Mahkamah tempat terbaik cari kebenaran – Ebit Lew
PENDAKWAH Ebit Lew yang sedang melalui perbicaraan kerana pertuduhan melakukan gangguan seksual, bersyukur kerana baginya prosiding mahkamah adalah tempat terbaik mencari kebenaran. “Alhamdulillah, …syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari mahkamah ini. Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari. “Dengan ke mahkamah ini, saya berharap…
-
Hantaran di media sosial tak rujuk kepada Ebit Lew, kata saksi
SATU hantaran bertarikh 26 Julai 2021 di media sosial oleh saksi pertama dalam perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew, tidak merujuk kepada pendakwah itu. Presiden pertubuhan bukan kerajaan Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga seorang pendakwah, memberi keterangan sebagai saksi ketiga dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, hantaran menerusi akaun…
-
Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, mesej lucah dikongsi saksi pertama
SAKSI ketiga, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret Tenom pada Jumaat bahawa dia telah menerima gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah yang dikongsi oleh saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dalam perbicaraan hari keempat kes gangguan seksual Ebit Lew. Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39, berkata, gambar dan mesej itu…
-
Mohd. Fairuz dipanggil semula jadi saksi perbicaraan Ebit Lew
MAHKAMAH Majistret Tenom pada Jumaat dijangka memanggil semula saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu bagi perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew. Difahamkan, ia bagi membolehkan mahkamah menyambung pemeriksaan balas membabitkan saksi berkenaan. Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual Ebit memasuki hari terakhir hari ini sebelum tarikh baharu perbicaraan ditetapkan, memetik laporan Kosmo! Sementara…
-
UiTM tamat khidmat pensyarah terlibat kes gangguan seksual ‘serta-merta’
UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuatkuasa serta merta. UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mereka mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)…
-
Kes Ebit Lew: Pegawai Polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan
SEORANG pegawai polis yang ditugaskan merampas telefon bimbit daripada saksi dalam kes gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui kes itu melibatkan pendakwah tersebut. ASP Salwani Mohd Hadzir, 40, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau dimaklumkan kes itu melibatkan pendakwah popular, namun tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan…
-
Kes Ebit Lew: Pengadu takut buat laporan, ada saudara kerja di Balai Polis Tenom
SAKSI pendakwaan pertama dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew memaklumkan bahawa pengadu takut membuat laporan polis disebabkan ada saudaranya yang bertugas di Balai Polis Tenom. Perkara itu didedahkan Mohd Fairuz Abu, 37, kepada Mahkamah Majistret Tenom hari ini. Saksi yang juga seorang pakar motivasi memaklumkan sebelum itu dirinya juga ada mencadangkan agar…
-
Wanita didakwa mangsa kes gangguan seksual Ebit Lew buat laporan polis di Bukit Aman
SEORANG pakar motivasi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memutuskan untuk membuat laporan polis di Bukit Aman. Mohd Fairuz Abu, 37, berkata wanita itu tidak mahu membuat laporan polis di tempat kejadian iaitu di Tenom kerana khuatir identiti beliau diketahui saudara mara…
-
Tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom
PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di Mahkamah Majistret Tenom pagi ini untuk menghadiri perbicaraan hari pertama pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. Ebit tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi, menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam selain diiringi beberapa kenderaan lain.…