Mohd. Fairuz dipanggil semula jadi saksi perbicaraan Ebit Lew

0
299

MAHKAMAH Majistret Tenom pada Jumaat dijangka memanggil semula saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu bagi perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Difahamkan, ia bagi membolehkan mahkamah menyambung pemeriksaan balas membabitkan saksi berkenaan.

Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual Ebit memasuki hari terakhir hari ini sebelum tarikh baharu perbicaraan ditetapkan, memetik laporan Kosmo!

Sementara itu, Ebit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi ditemani peguam dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.

Terdahulu, dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here