Tag: DUN
-
Rundingan akhir agihan kerusi PN 5 Jun ini
PERIKATAN Nasional (PN) akan mengadakan rundingan akhir agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 5 Jun ini. Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan itu akan meneliti jumlah kerusi yang diwakili sama ada daripada PAS, BERSATU atau GERAKAN sebelum ia diserahkan…
-
PRN:PN muktamadkan agihan kerusi minggu depan-Ahmad Samsuri
PERIKATAN Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini pada minggu depan. Pengerusi PN Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden PN selepas menerima keputusan perbincangan daripada Jawatankuasa Perundingan antara Parti. “Apa yang boleh saya katakan perbincangan sesama…
-
PRN: Dakwaan BERSATU tanding di 4 kerusi DUN Terengganu tak tepat
BERSATU menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bertanding di empat daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada pilihan raya umum (PRN) tidak lama lagi. Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris, berkata dakwaan itu tidak tepat kerana sehingga kini tiada sebarang keputusan dibuat mengenainya, memandangkan rundingan masih berjalan. “Sumber itu (dakwa…
-
Bolehkah kerajaan PH Selangor ditumbangkan?
SEJAK pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, usaha untuk kembali merampas negeri itu menerusi beberapa siri pilihan raya terus gagal sehingga ke hari ini. Selangor yang memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terus menjadi sasaran utama semua parti politik ekoran keupayaannya untuk menyumbang Keluaran Dalam…
-
Tanpa sekutu Melayu kuat, PH berdepan cabaran terbesar di Selangor sejak 2008
PAKATAN Harapan (PH) dijangka berdepan dengan laluan getir untuk mempertahankan Selangor setelah mentadbir sejak 2008, apabila pengundi Melayu masih belum menunjukkan tanda-tanda berubah arah sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, kata penganalisis. Mereka berkata, 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri paling kaya di Malaysia itu bakal menjadi medan pertempuran untuk dua blok…
-
Tiada PRK DUN Pulau Pinang – SPR
TIADA keperluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, kata Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak. Empat kerusi DUN berkenaan ialah Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ikmalrudin berkata SPR telah menerima pemakluman daripada Speaker…
-
Kami akan kembali, kata pemimpin Bersatu selepas hilang kerusi DUN
SEORANG daripada empat bekas ADUN Bersatu yang terpaksa mengosongkan kerusi mereka kerana lompat parti berikrar membawa Perikatan Nasional kembali lebih kuat berbanding sebelum ini dalam PRN akan datang. Bekas ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Ishaq, berkata mereka telah menjangkakan dilucutkan hak oleh DUN sebaik usul dibentangkan memandangkan Pakatan Harapan mempunyai majoriti kukuh dalam DUN Pulau Pinang.…
-
Pas pertimbang DUN untuk KJ
PAS mungkin mempertimbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuk bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, sehingga kini parti itu belum menerima sebarang permohonan daripada Khairy. Beliau berkata, Pas juga tetap terbuka menerima bekas Ketua…
-
Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong
SPEAKER Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini mengumumkan kerusi bagi kawasan Batang Kali kosong. Pengumuman itu dibuat Ng Suee Lim di Shah Alam hari ini. Kata Ng keputusan itu dibuat selepas Adun Batang Kali Harumaini Omar gagal menghadirkan diri dalam persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang notis. Menurut Ng berdasarkan data pada penyata…
-
PAS Selangor sasar tanding lebih 30 kerusi DUN
PAS Selangor menyasarkan bertanding di lebih 30 kerusi DUN menjelang PRN yang dijangka diadakan sebelum Jun ini. Pesuruhjayanya, Yunus Hairi berkata, hasrat itu sudah disuarakan dalam mesyuarat peringkat awal dengan rakan komponennya, Bersatu. Katanya, PAS menyasarkan kerusi yang mempunyai peratusan pengundi Melayu melebihi 60% dan yakin gelombang Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu masih bersama…