Tag: Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
-
Anwar jamin DKKP dibayar seperti biasa, kata Ahmad Samsuri
MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan, Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada Terengganu akan diteruskan sebagaimana kebiasaan. Menurut beliau, keputusan itu diperoleh selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya semalam. Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, beliau menyifatkan ia berlangsung positif dengan beberapa isu berkaitan…
-
Pemberian wang kepada pengundi, Pas sedia beri kerjasama
PAS sedia memberi kerjasama kepada agensi berkaitan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu pemberian wang kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Menurut Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, setakat ini, tiada pemimpin daripada parti itu dipanggil SPRM berhubung isu tersebut. “Saya tak pasti, tetapi saya rasa SPRM akan menjalankan siasatan…
-
PRN: PN runding agihan kerusi 7 Februari ini
PERIKATAN Nasional (PN) dijangka mengadakan rundingan agihan kerusi melibatkan parti komponennya pada 7 Februari ini sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN). Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, perbincangan barisan kepimpinan peringkat pusat itu akan diadakan di ibu negara membabitkan enam negeri yang belum mengadakan PRN. “Perbincangan kerusi diadakan di…
-
Kerosakan infrastruktur lebih RM20 juta akibat banjir di Terengganu
KEROSAKAN infrastruktur di seluruh Terengganu akibat banjir besar yang berlaku pada Disember lepas dianggarkan bernilai lebih RM20 juta. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerosakan infrastruktur termasuk jalan raya dan jambatan manakala Hulu Besut merupakan kawasan yang paling teruk terjejas. “Kerosakan infrastruktur adalah dalam RM20 juta lebih sikit dan ia dalam proses untuk…
-
PN sedia terima ahli UMNO yang digantung, dipecat
PERIKATAN Nasional (PN) sedia menerima sesiapa sahaja ahli UMNO, yang digantung dan dipecat parti itu. Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata beliau percaya semua yang terbabit itu ketika ini masih berkira-kira untuk mengatur langkah selanjutnya. “Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang permohonan daripada sesiapa. Saya percaya mereka masih berkira-kira langkah…
-
PAS sedia disiasat dakwaan beri wang kepada pengundi
PAS menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan parti itu memberi wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pimpinan politik yang mendakwa PAS memberi wang kepada pengundi disaran membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan. “Pandangan saya mengenai pelbagai isu berkaitan…
-
Tiada ‘perang dingin’ antara kerajaan Terengganu dan Pusat
MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud ‘perang dingin’ antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Ia susulan ketidakhadiran beliau dan barisan pemimpin negeri pada program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Terengganu, Khamis lalu. Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan pusat dan bersedia memberikan…
-
PN letak calon di 27 kerusi kritikal
PERTEMBUNGAN di 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak dapat dielakkan berikutan ada pihak yang berasa ‘kuat’ dan mampu memenangi kerusi. Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon daripada komponen parti itu di semua kerusi terbabit bagi…
-
PRU15 ketika musim bah, kenapa paksa sesuatu rakyat tak selesa
PAS yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu konsisten untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga tempoh penggal pemerintahan berakhir. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri berkenaan tidak akan dibubarkan walaupun berlakunya pembubaran Parlimen dalam masa terdekat untuk PRU15. Beliau berkata, ia bagi membolehkan kerajaan…
-
‘Loyar buruk’ saja layan surat layang’ – Hadi Awang
PAS tidak perlu melayan isu PasLeak yang disifatkan sebagai surat layang bertujuan memfitnah parti, kata presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Marang ini menegaskan, hanya golongan loyar buruk yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan. “Tiada keperluan Pas dan saya untuk membuat penafian selepas penjelasan sudah diberikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad…