PN sedia terima ahli UMNO yang digantung, dipecat

0
151

PERIKATAN Nasional (PN) sedia menerima sesiapa sahaja ahli UMNO, yang digantung dan dipecat parti itu.

Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata beliau percaya semua yang terbabit itu ketika ini masih berkira-kira untuk mengatur langkah selanjutnya.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang permohonan daripada sesiapa. Saya percaya mereka masih berkira-kira langkah seterusnya…perkara baru sahaja berlaku malam tadi.

“Kita tunggulah daripada mereka sendiri, bagaimana langkah seterusnya,” katanya.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam, memutuskan memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Khairy dan Noh, yang juga bekas Pengerusi UMNO Selangor, dipecat parti kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan berhubung permohonan BERSATU untuk mendapat 10 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Insya-Allah kita boleh berbincang. PAS akan bincang secara adik-beradik dengan BERSATU, kerusi mana, di mana, munasabah atau tidak, kita kena duduk dan bincang.

“Setakat ini, masih belum ditetapkan tarikh untuk perbincangan itu. Insya-Allah dalam waktu terdekat,” katanya lapor BH.

Terdahulu, Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu,

merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan D’Gate Sura Mall/Jeti oleh Artha Global dan Majlis Perbandaran Dungun, di sini, hari ini.

Projek pembinaan 72 unit lot komersial itu yang bernilai lebih RM20 juta dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Turut hadir ke majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Azizul Ab Hadi.

Projek pembinaan 72 unit lot komersial itu yang bernilai lebih RM20 juta dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here